10 Petanda Mental Anda Tidak Seimbang

mentalJika ditanya adakah mental kita seimbang, pasti semua orang tidak kira lelaki atau perempuan menyatakan mereka dalam keadaan stabil. Akan tetapi, kalau dinilai secara kritis misalnya oleh doktor perubatan jiwa, mungkin penilaian itu bakal memberi kejutan. Bagaimanakah cara untuk kita mengenali simpton atau petanda ketidakseimbangan mental dalam diri kita atau orang lain? Ada banyak simpton atau petanda mental yang tidak seimbang sebenarnya.

1. Hilang minat secara tiba-tiba kepada aktiviti dan juga hobi yang selama ini amat disukai lagi menyenangkan diri.

2. Produktiviti kerja yang menurun secara drastik di kuliah atau di tempat kerja.

3. Angin (mood) yang terlampau ekstrem atau di luar kebiasaan untuk individu berkenaan.

4. Mudah berasa sakit atau selalu membayangkan diri cedera atau kemalangan.

5. Perubahan tabiat makan secara amat mendadak misalnya hilang selera makan atau terlampau banyak makan.

6. Masalah untuk tidur nyenyakdan mudah terjaga sewaktu sedang tidur diikuti dengan serangan panik yang menyebabkan rasa sukar bernafas atau berpeluh secara tiba-tiba.

7. Serangan panik semakin kerap ketika waktu berjaga diikuti dengan degupan jantungyang terlalu kuat tanpa sebab yang jelas.

8. Berasa teramat letih dan hilang tenaga tanpa sebab jelas

9. Mengasingkan diri dan tidak mahu mendekati atau didekati oleh orang lain.

10. Berasa tidak senang ketika berehat di rumah, berasa terperangkap, sentiasa mahu beraktiviti atau membuat diri menjadi sibuk.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *