21 Tips Untuk Bangun Subuh

21 tips bangun subuh

21 Tips Untuk Bangun Subuh – Adakah anda seorang yang sangat liat untuk bangun awal pagi? Sangat berat untuk membuka mata seawal 6-7 pagi? Selalu bangun lewat dan setiap hari sembahnyang “subuh gajah”? Atau mungkin subuh “Dinasour”? Mana tidaknya, pukul 9 pagi baru bangun untuk sembahyang subuh.

Jika sekali dua bangun lewat mungkin boleh dimaafkan, tetapi setiap hari lewat adakah Allah akan terima solat kita itu? Sama-sama kita muhasabah diri kita.

Jika anda adalah termasuk dalam golongan ini, anda patut amalkan 21 tips ini. “21 Tips untuk bangun subuh”.

Tips Bangun Subuh

1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur.

3. Tekad untuk bangun solat subuh.

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun.

5. Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh untuk bangun solat.

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat.

7. Mengguna saranan-saranan peringatan.

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur.

9. Tidak tidur sendirian.

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain.

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap.

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat.

13. Menyalakan lampu di saat bangun.

14. Tidak berjaga malam terlalu lama.

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur.

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar.

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh.

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur.

19. Tidur di siang hari (Qailulah).

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib.

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو –أي الصباح– في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)