4 Gambar Skyline Terbabas dan Meletup di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – Seramai enam individu maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

skyline meletup

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.

Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar. Api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung. Bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *