5 Fakta Mengenai Nelson Mandela Bekas Presiden Afrika

Seorang lagi tokoh pemimpin dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2013. Riwayat bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela berakhir ketika beliau berumur 95 tahun.  Jangan ucapkan RIP pulak sebab Nelson Mandela bukan orang Islam ye.

nelson mandela

Berikut adalah 5 fakta penting yang perlu kita tahu mengenai Nelson Mandela dan kesannya terhadap dunia masa kini.

1. Nelson Mandela pernah dipenjarakan selama 27 tahun kerana perjuangannya menentang dasar Apartheid (pembezaan warna kulit) di Afrika Selatan.

2. Lelaki ini lahir dan membesar di sebuah kampung kecil dan merupakan anak pertama dalam keluarga dan juga anak pertama yang masuk ke sekolah. Nama sebenarnya ialah Nelson Rolihlahla Mandela dan lahir pada 18 Julai 1918 di Mvezo, Afrika Selatan.

3. Pada tahun 1952, Mandela dan Oliver Tambo telah membuka firma guaman yang pertama dijalankan oleh penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan. Mereka menawarkan perkhidmatan guaman kepada penduduk berkulit hitam yang melanggar undang-undang Apartheid.

4. Walaupun mulanya Mandela hanya membuat protes tanpa keganasan, namun akhirnya dia mengubah fikiran dengan memulakan kempen sabotaj terhadap kerajaan yang dikuasai golongan minoriti berkulit putih. Pada tahun 1961, dia bekerjasama dengan sayap militan Spear of the Nation. Penglibatannya ini membawa kepada pengakapannya dan dihukum penjara 27 tahun.

5. Selepas keluar dari penjara, Mandela semakin berkobar-kobar untuk berjuang menentang dasar Apartheid. Dia meminta para penyokongnya untuk meningkatkan tekanan terhadap kerajaan. Pada tahun 1994, Nelson Mandela diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan sehingga tahun 1999.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *