5 Goalkeeper Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Apa khabar anda semua? Sihat hendaknya. Lagi 2 hari nak raya (semasa entri ini ditulis) , dah beli baju raya? Kuih raya dah habis? Tengah boring – boring tiba – tiba datang idea golkeeper terbaik Harimau Malaya.

Sekarang merupakan zaman kegemilangan Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Alawi. Mungkin nanti ada lagi golkeeper yang lebih baik daripada mereka mereka akan muncul.


Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi menunjukkan aksi yang terbaik sepanjang menjadi penjaga gawang Harimau Malaya. Mula mendapat perhatian semasa paiala AFF Suzuki apabila mempamerkan aksi terbaik menjaga gawang Harimau Malaya untuk Harimau Malaya menjadi johan buat kali pertama dalam sejarah.

Sharbinee Alawee

Sharbinee adalah keeper nombor 2 negara. Apabila Khairul Fahmi cedera atau mempamerkan prestasi yang tidak memuaskan , Rajagopal akan menurukan Sharbinee. Dia juga mempamerkan prestasi yang baik seperti Khairul Fahmi tetapi dia kerap melakukan kesilapan. Tetapi apabila dia beraksi baik , memang susah bola untuk masuk ke dalam gawang yang dijaganya.

Farizal Marlias

Farizal Marlias , seorang golkeeper Malaysia yang bermain di Negeri Sembilan. Kecermelangannya boleh dilihat pada pertemuan friendly dengan kelab – kelab seperti Manchester United dan Chelsea. Pada perlawanan dengan Man-United dia hanya melepaskan 3 gol dan pada perlawanan Chelsea dia tidak melepaskan sebarang gol walaupun ditekan oleh striker Chelsea seperti Drogba, Anelka, Torres dan Malouda. Dia amat sesuai menjadi keeper negara pada masa akan datang.

Nasril Nourdin

Menggalas tuga sebagai keeper no3 negara. Pernah diturunkan pada perlawanan menentang Liverpool. Beraksi bersama negeri Perak FA. Menunjukkan prestasi yang baik semasa Perak menewaskan Kelantan 4-0.

Helmi Eliza

Helmi Eliza adalah keeper terbaik Malaysia semasa 2005. Semasa menentang Chelsea beberapa tahun lalu, dia menjukkan aksi yang sangat cemerlang dengan menggagalkan dan menafikan percubaan Chelsea. Hanya terlepas 2 gol pada perlawanan itu. Menjadi penjaga gawang Kedah sehingga sekarang .


4 Responses

  1. Roti Telur says:

    helmi sekarang dah down dikit..huhu..dulu jarang bolos la dia..

  2. sayacomel says:

    buat masa ni..diorang ajelah yang terbaik.. teringat zaman khairul azman muhammad..

  3. amirnawawi says:

    Sekarang Farizal Marlias yang femes..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *