5 SEBAB KENAPA MENGHISAP SHISHA LEBIH BAHAYA DARIPADA MEROKOK!

IMG_7946-300x2255 SEBAB KENAPA MENGHISAP SHISHA LEBIH BAHAYA DARIPADA MEROKOK | Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.

perempuan-merokok-shisha-300x246

Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat membahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kakitangan kesihatan dan juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.

1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO)
2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO)
3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 – 1.0 liter asap selama 20-80 minit. (WHO)
4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.
5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.

Apakah hukumnya menghisap shisha? Berikut ialah pandangan Ustaz Azhar Idrus

557482_370113689727816_1069267409_n-300x130
Setakat ini, negeri Melaka telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengharamkan penggunaan shisha.Namun saya tidak dapat memastikan keberkesanan tindakan pengharamannya di negeri Melaka.

Bagaimana pula dengan pendirian negeri-negeri yang lain dan apakah tindakan yang akan diambil oleh agensi-agensi kerajaan pusat?P/s : ROKOK ELEKTRONIK PULAK, MACAM MANA???


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *