74 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Mesir

Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan 248 cedera selepas peminat bola sepak bersesak turun ke padang selepas kecewa dengan pasukan tuan rumah yang kecundang di tangan kelab Mesir di bandar Port Said di sini, semalam.

Bagaimanapun, anggota polis anti rusuhan gagal mengawal keadaan dan mengakibatkan rusuhan itu bertambah buruk.

Insiden berkenaan adalah peringatan terhadap keselamatan yang kian merosot di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu selepas hampir setahun kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di antara pasukan tuan rumah, Al-Masry dan pasukan dari Kaherah, Al-Ahly itu adalah insiden keganasan terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan paling dasyat di dunia sejak 1996.

Sementara itu, salah seorang pemain berkata, “Ia seperti dalam peperangan”. – AP

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *