AFIQ AZMI MAKIN POPULAR DAN KINI DIKEJAR PRODUSER?

Afiq Azmi Makin Popular Dan Kini Dikejar Produser? | Bekas pemain Kuala Lumpur dan Kelantan (pinjaman) ini nampaknya semakin mendapat nama dalam dunia hiburan. Walaupun popularitinya tidaklah setanding dengan Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali, Safiq Rahim atau pun Aidil Zafuan, namun pemain bola sepak pasukan Selangor, Afiq Azmi akui kehidupannya kini sudah jauh berubah. Malah, popularitinya juga semakin naik sehinggakan ada kelab peminatnya telah ditubuhkan tanpa pengetahuannya.

afiq-azmi-gay-dan-kekasihMemang diakui, Afiq Azmi merupakan seorang jejaka yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang model terkenal kerana memiliki wajah tampan dan susuk tubuh yang tinggi. Oleh sebab itulah, Afiq kini telah menjadi buruan media untuk diwawancara dan penghias kulit majalah. Tambah menarik lagi, Afiq juga dikhabarkan menjadi buruan produser tempatan untuk muncul dalam beberapa program hiburan tempatan.

Bagaimanapun, menurut laporan murai.com.my, Afiq dikatakan telah menolak segala tawaran tersebut kerana takut mengalami kehidupan yang sama seperti Khairul Fahmi Che Mat. Namun, ada juga yang mengatakan, Afiq telah menolak tawaran tersebut kerana aweknya. Menurut laporan berkenaan, awek Afiq yang dikatakan seorang model takut mengalami kisah yang sedih apabila Afiq sering saja menjadi perhatian media. Senang cerita, takut Afiq cari perempuan lain.

Laporan itu turut mengulas, ada teman yang rapat dengan Afiq merasa sedikit kesal kerana Afiq telah menolak tawaran yang boleh mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan dari kerjaya tetapnya. Difahamkan, sikap kesal itu dilahirkan atas sebab Afiq yang sebelum ini pernah kata untuk membantu keluarga tetapi menolak bulat-bulat rezeki tersebut sedangkan ianya sedikit sebanyak boleh membantu keluarganya hidup lebih senang.


1 Response

  1. Blog Asyraf says:

    Bagus gak dia ni kalau bola tanduk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *