Air Dari Vending Machine Ada Bakteria Berbahaya (Kajian)

vending machine bakteria

Gambar oleh AZHAR MAHFOF / The Star

Air yang dibeli dari ‘vending machine’ mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh The Star bersama Forum Air Malaysia, 29 sampel air telah diambil daripada mesin tersebut di seluruh Lembah Klang – dan hampir semua telah tercemar.

Terdapat bakteria berbahaya seperti E. coli, koliform dan Clostridium perfringens – jenis yang sama bakteria terdapat di dalam kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga bakteria sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

Di bawah Akta Keselamatan Air Minuman Malaysia, sepatutnya tidak ada apa-apa kesan koliform atau E. coli dalam air minuman.

Kementerian telah meminta keputusan ujian air penuh selepas dimaklumkan oleh The Star.

Sumber : The Star Malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *