Aku langgar kereta orang

Salam , tadi siang aku dengan kawan adik aku pi nak makan ais kacang . Tapi tengok – tengok tak cukup duit sebab ais kacang dua ringgit , adik kawan aku ada singgit ja . Kami pergi naik motor la , lepas letak motor kami pun duduk la . Aku nak order ais kacang tapi sebab adik kawan aku tak order ais kacang sebab tak cukup duit jadi aku order la tea o ais . Tiba – tiba adik kawan aku tu mintak ais kepal kat pak cik tu .

Aku pun tak pernah tengok macam mana ais kepal . Rupanya lebih kurang dengan ais kacang cuma ais kepal tak ada isi – isi kat bawah . Lagipun harga ais kepal murah seringgit dari ais kacang . Aku pun bukan boleh tengok ais kepal ni , mesti la order juga . Sampai habis ja makan , kami bayar lepas tu blah .

Masa kami nak balik tengok – tengok ada kereta block motor kami . So aku pun suruh adik kawan aku tu reverse motor sebab nak keluar . Pastu aku suruh la dia start enjin dulu , lepas tu aku pun naik la . Masa aku naik tu aku terpulas grip motor , depan tu ada kereta wajah warna putih , so terlanggar la. Dengan lajunya kelajuan motor aku langgar kereta waja tu . Aku masa tu gelabah dah sebab kemek teruk dengan lekat hitam kat waja tu .

Aku takut nanti tuan dia mintak ganti aku pecut la takkan nak cangak lagi . Nasib baik tak kena ganti . Balik saja rumah aku online la kejap , aku terkejut tengok orang ramai komen kat blog aku berkenaan entri aku yang pakai lebai tapi pakai tanduk tu . Rupanya aku tersilap , sebenarnya tu hat biasa bukan lebai , mintak maaflah kepada band yang aku tersilap tengok tu .


4 Responses

  1. cik miera says:

    la….sampai terlanggar?kah3..cian owner kete tu..

  2. AL says:

    lol..mmg hari malang ko~

  3. Kodet says:

    @cik miera , mmg ah kesian , tp sbab takut sendiri rugi blah saja….
    @AL , itulah…hari malang tp nk buat cmna dah jadi…nasib tuan keta tu tak ada

  4. azim says:

    tapi tu bukan kira dosa ker ssb rosakkan harta orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *