Alex Feguson kecewa dengan pengadil

922775_33_previewSir Alex Ferguson amat kecewa apabila pasukan Manchester United tidak diberikan sepakan penalti dalam perlawanan bersama Tottenham.

Pasukan pelawat telah mendahului hasil usaha tandaukan Robin van Persie, jaringan gol ke 18 beliau dalam saingan Liga Perdana Barclays pada musim ini apabila pemain gantian Wayne Rooney dikasari Steven Caulker dalam kotak penalti.

Pengadil Chris Foy enggan memberikan sepakan penalti dan Spurs yang telah menguasai babak kedua, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 92 melalui clint Dempsey.

United terpaksa mengakhiri perlawanan dengna jarak lima mata di atas pasukan juara bertahan Manchester City di tempat utama dalam kedudukan dan Ferguson cepat meluahkan kemarahan beliau kepada pembantu pengadil Simon Beck.

“Ia merupakan persembahan yang mengecewakan bagi saya. Keputusan beliau untuk tidak memberikan sepakan penalti agak meragukan,” Ferguson berkata.

“Saya berpendapat bahawa beliau tertekan kerana perlawanan amat penting pada malam ini.

“Ia jelas patut menerima sepakan penalti,” beliau menegaskan.

“Kami mempunyai sejarah bersama beliau. Beliau membenarkan jaringan gol bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba di Old Trafford pada masa dahulu. Sudah pasti semua orang ingat akan insiden itu.”

Ferguson telah memberikan kredit kepada Tottenham tetapi berpendapat bahawa pasukan patut mengakhiri perlawanan dalam babak kedua.

“Tottenham telah berusaha sedaya upaya dan patut menerima kredit,” beliau menambahkan. “Mereka telah banyak menyertai kotak penalti dan akhirnya berjaya memanfaatkan dari peluang itu.

“Kami patut lebih mengancam di kubu serangan dalam babak kedua.

“Ia adalah perlawanan yang sengit, kedua-dua pasukan telah kehilangan mata.”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *