Alyah Kini Tampil Berhijab Dan Bertudung

alyah bertudung

Adakah penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah kini tampil berimej baru iaitu sopan berhijab?

Alyah baru-baru ini banyak berkongsi gambarnya di akaun Instagram dengan memaparkan dirinya berhijab penuh.

Baru-baru ini, Alyah baru saja pergi menunaikan umrah dan mungkin sepanjang berada di sana dia mendapat hidayah lantas tergerak hati untuk berhijab sepenuhnya sekembalinya ke tanah air.

Apa-apa pun Alyah memang tampak manis dan cantik berhijab dan semoga dirinya terus istiqamah dengan perubahan barunya itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *