Apa itu Sopa Dan Pipa?

Kerajaan Amerika Syarikat sekarang menghadapi tekanan kebanyakannya daripada dunia hiburan dan syarikat-syarikat penerbitan perisian komputer yang dah bertahun-tahun mencari kaedah bagi menghentikan cetak rompak dalam talian. Dah pasti, tak ada siapa pun yang mahu melihat sesuatu yang mereka bekerja keras untuk mencipta sesuatu kualiti dirampas oleh orang-orang yang mendapat akses kepada maklumat itu secara percuma.

 

Walau bagaimanapun, apa yang di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan Senat (U.S. House of Representatives and the Senate) telah rancang bukan merupakan cara hanya untuk menghentikan cetak rompak dalam talian. Gergasi teknologi internet seperti Mozilla dan Google yang pernah menyokong, dan sekarang membantah dalam usaha untuk memastikan mereka tidak akan diluluskan. Jom kita lihat dengan lebih jelas mengenai kedua-dua rang undang-undang PIPA dan SOPA.

Apa itu PIPA?

PIPA adalah singkatan kepada Akta Melindungi IP (Protect IP Act), dan mula diperkenalkan di Senat Amerika Syarikat pada 12 Mei, 2011. PIPA adalah undang-undang yang ditulis semula, pada asalnya gagal untuk lulus Akta Memerangi Pelanggaran dan Penyalahgunaan Dalam Talian, Combating Online Infringement and Counterfeits Act (COICA) 2010.

Jika diluluskan, ia akan memberikan kebenaran kepada kerajaan US untuk memohon tindakan undang-undang affirmative dengan mana-mana laman web yang mereka lihat sebagai pelanggaran hak cipta sama ada berasal dari US atau tidak.

Apa itu SOPA?

SOPA adalah singkatan kepada Akta Penghentian Cetak Rompak Dalam Talian (Stop Online Piracy Act), rang undang-undang yang diperkenalkan kepada Dewan Perwakilan Amerika Syarikat oleh Perwakilan Lamar Smith pada 26 Oktober 2011. Dalam persamaan dengan PIPA, SOPA dibentuk dari undang-undang yang sedia ada iaitu Akta PRO IP 2008. Jika diluluskan, akan bekerjasama dengan PIPA.

Bagaimana SOPA akan memberi kesan?

1. Laman blog atau website akan disekat atau tutup – Seperti yang dinyatakan dalam PIPA dan SOPA, mereka akan mencari sehingga ke lubang cacing walaupun ada berbaur sedikit pun tentang pelanggaran hak cipta. Sudah tentu kerajaan “sukakan” blog dan bloggers, mereka biasanya akan menerima lebih banyak perhatian. Akta ini menjadikan semua yang dipaparkan di blog, termasuk komen-komen pembaca adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik blog.

2. Tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyanyikan lagu orang lain – Tak ada sesiapapun diberikan kebenaran dari label rekod untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka seperti di TouTube. Dah tentu ramai yang akan dikenakan tindakan undang-undang, kalau nak menyanyi di YouTube kena cipta lagu sendiri.

Itulah antara kesan jika SOPA dan PIPA berjaya dilaksanakan, siapa yang nak macam tu kan. Memang tak ada kebebasan langsung la lepas ni. Sebab tu dah banyak syarikat besar membantah dan protes terhadap SOPA.

Sumber : ShahrulSite

 


2 Responses

  1. Mohd Shahril says:

    ini first time saya berkunjung ke blog awak, memang best kandungan2 blog nie..terutama tentang pengetahuan AM, harap awak dpt continues lagi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *