Arwah Anak Datang Beri Petunjuk Dalam Mimpi Ayah

ARWAH

EKSLUSIF! AYAH MIMPI ARWAH ANAK PEREMPUAN DATANG BERI PETUNJUK? | Bapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik Rusdi Rani, 38, mendakwa mengalami mimpi pelik genap 44 hari kematian tiga anaknya.

Rusdi berkata, dirinya bermimpi arwah anak perempuan sulungnya, Nor Syafikah Nadia, 14, memberi beberapa bayangan kepada dirinya mengenai siapa penyebab kematian mereka.

“Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil memaklumkan nama seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin selesai kes kami cepat, pergilah tangkap lelaki itu.

“Kemungkinannya, petunjuk yang diperolehi dalam mimpi saya merupakan hasil solat hajat dilakukan setiap hari selepas Solat Isyak dengan harapan suspek segera dikesan,” katanya.

Susulan mimpi dialaminya, Rusli memaklumkan dia membuat satu laporan polis berhubung mimpi terbabit, sambil menyatakan nama lelaki yang diberikan arwah anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, dekat sini, keesokan harinya.

Difahamkan, mimpi dialami Rusdi pada Selasa lepas dipercayai menjadi petunjuk kepada penahanan dua suspek kes tersebut kelmarin, bagaimanapun, dia tidak mahu mendedahkan nama lelaki yang dikatakan arwah anaknya dalam mimpinya itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *