AS Hantar 2 F-22 Stealth Ke Korea Selatan

F-22-Stealth Jet pejuang

SEOUL – Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan hari ini penghantaran pesawat pejuang Stealth ke Korea Selatan sebagai sebahagian program latihan bersamanya dengan Korea Selatan yang kini mencetuskan ketegangan baru dengan Korea Utara.

Dua pesawat F-22 Raptor itu tiba di Korea Selatan, semalam untuk mengambil bahagian dalam latihan tahunan bersama dikenali sebagai “Foal Eagle” yang akan tamat 30 April nanti.

Jurucakap tentera AS berkata, jet pejuang berkenaan terbang dari Pangkalan Udara AS di Okinawa, Jepun.

Meskipun ia bukan kali pertama jet pejuang F-22 digunakan dalam latihan bersama itu, namun kehadirannya memberi tekanan kepada Pyongyang yang semalam mengisytiharkan negara itu di ambang perang dengan AS dan jirannya, Korea Selatan.

Korea Uara sebelum ini memberi amaran mengeanai kehadiran pesawat pengebom nuklear AS B-52 dan B-S Stealth yang turut mengambil bahagian dalam latihan bersama tahun ini. – AFP


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *