AVB: United lebih daripada RVP

914960_33_previewPengurus Tottenham, Andre Villas-Boas berkata Manchester United mempunyai lebih daripada satu pemain yang mampu memberi ancaman.

Penyerang United, Van Persie telah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan terakhir beliau untuk United dan akan ke White Hart Lane bersama pasukannya Ahad ini untuk bertemu Spurs.

Villas-Boas berkata beliau merasakan Van Persie telah meneruskan prestasi hebat beliau bersama Arsenal musim lalu ke United musim ini.

“Bagi mereka, menandatangani beliau adalah satu kejayaan kerana beliau telah menjaringkan banyak gol musim ini,” beliau berkata.

“Prestasi beliau tahun lepas sungguh hebat dan beliau telah berpindah ke sebuah kelab yang lebih besar dan meneruskan prestasi itu. Saya rasa beliau adalah perbezaan di antara dua kelab Manchester musim ini.

“Pemindahan ke United tidak menjejeas prestasi beliau. Beliau telah terus menunjukkan betapa hebat beliau boleh bermain.

Van Persie kini telah menjaringkan 23 gol untuk United musim ini tetapi pengurus United, Sir Alex Ferguson telah menafikan United adalah hanya tentang Van Persie.

Penyerang England, Wayne Rooney belum menunjukkan prestasi sehebat Van Persie musim ini tetapi Villas-Boas merasakan beliau mampu memberikan ancaman yang hebat.

“Beliau sering mengorbankan dirinya untuk United dan mempunyai semangat yang hebat untuk sentiasa menang,” beliau berkata.

“Beliau telah mengalamai beberapa masalah dalam kerjayanya tetapi beliau tetap seorang pemain yang sangat hebat.” Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *