Awas! Berhati-Hati Dengan Powerbank Palsu Berisi Pasir!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini, penggunaan powerbank dikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual Powerbank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan Powerbank yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara tak mustahil boleh berlaku di negara kita.

p1

Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

p2

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.

p3

Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.

Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur. Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.

#Kesian, jadi kepada anda anda yang berhajat nak beli powerbank ni berwaspadalah selalu sebelum tertipu, mana tahu kan.. Mohon sebarkan supaya tiada yang menjadi mangsa..

Via – Billyinfo


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *