Azerbaijan Tower Bakal Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

Azerbaijan Tower atau Menara Azebaikan yang akan mula dibina tahun hadapan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter). Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan melangkaui ketinggian Burj Khalifa dan Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah. Menara Azerbaijan ini akan menelan belanja sekurang-kurangnya USD 2 Billion manakala pembinaan Khazar Islands sekitarnya pula sekitar USD 100 Billion! Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Jom tengok gambar menarik Menara Azerbaijan yang bakal dibuat ini. Memang cantik!

Sumber : Blogserius

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *