Azwan Ali Serang Johan Kerana Isu Maharaja Lawak Di Era

 

isu azwan ali

Sudahkah anda menonton Maharaja Lawak Mega 2012 pada minggu keenam? Azwan Ali marah apabila persembahan Johan Raja Lawak yang melakonkan watak Azwan Ali (Triple A).

Kumpulan Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu ‘Propaganjil’

Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).

Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak ‘Mak Jemah’ pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Tetapi jangan risau, perbualan telefon itu hanyalah gurauan semata-mata antara kedua belah pihak. Jika tidak percaya, anda boleh dengar sendiri audio sound yang kami sediakan di bawah.

Jika anda ingin melihat video Johan yang melakonkan watak Azwan Ali dalam Maharaja Lawak Mega, anda boleh menontonnya dengan klik di sini.

 

Carian Google


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\