Balotelli Boleh Menjadi Pemain Terbaik Dunia

Balotelli

Stephan El Shaarawy yakin rakan sepasukan AC Milan dan Itali, Mario Balotelli berkembang dengan pesat dan boleh menjadi antara pemain terbaik di dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang sejak berpindah ke San Siro dari kelab Manchester City pada bulan Januari, dan rakan gandingannya untuk kelab dan negara merasakan dia boleh terus mara, setelah menjadi matang.

“Mario berkembang pesat. Saya gembira untuknya. Dia boleh menjadi salah satu daripada tiga pemain terbaik di dunia,” katanya.

“Saya gembira dia semakin meningkat, sebagai pemain dan seorang lelaki. Saya boleh lihat (dia) jauh lebih matang.”

“Mario dan saya mewakili pemain muda, Itali baru. Melabur untuk belia adalah perkara yang paling penting. Saya gembira kami lakukan dengan baik, tapi kami masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan, untuk membuat Itali lebih baik.” – WiselOnline


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *