Bas Genting Jatuh Gaung Di Lebuhraya Karak

BasTerbalik-565x423

Bas henti-henti yang berulang alik dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling di ibu negara merupakan bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Memetik laporan laman Facebook Berita Harian, ketika ini anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk turun ke dalam gaung sedalam kira-kira 150 meter ke tempat bas itu terhumban.

Gambar kemalangan itu pada awalnya dimuatnaik oleh laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Berapa ramai penumpang di dalam bas berkenaan masih belum dapat dipastikan dan juga apa nasib menimpa mereka masih belum dapat diketahui.

Berita selanjutnya akan menyusul sebentar nanti. – Mynewshub.my

BasTerbalik02

BasTerbalik03

BasTerbalik05

 Klik Sini untuk lihat Gambar Operasi Menyelamatkan Mangsa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *