Batu Karbala Pengikut Syiah Dirampas di Perak

Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-4

Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.

Batu sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaipk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia merupakan rampasan pertama sejak Jaipk melancarkan beberapa siri serbuan di seluruh negeri sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, batu itu dianggap suci berikutan ia diperbuat dari tanah dari Karbala, Iran dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup masuk ke negara ini.

“Kebiasaannya kita hanya menemui risalah, poster dan beberapa buku yang berkait rapat dengan ajaran Syiah tetapi kali ini, kita berjaya menemui tujuh batu Karbala yang tertera kalimah Syiah ini,” katanya ketika sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jaipk di sini, semalam.

Jaipk turut merampas sehelai kain sepanjang kira-kira lima meter yang tertulis nama 12 imam yang dijadikan satu dari rukun iman dalam Syiah, buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa sebagai Saidina Hussein serta sehelai baju T Syiah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *