Bayangkan Hidup Kita Tanpa Jalur Lebar

Internet dan aku sudah bagai isi dan kulit. Memang susah untuk berpisah walaupun sesaat. Kadang – kadang rasa macam kesunyian bila tak dapat login Facebook. Rasa macam hidup dah lama tak ikuti perkembangan dunia walaupun selalu baca surat khabar.

Macam mana la agaknya bila dah kerja nanti, contoh kalau kerja dekat kapal belayar berbulan – bulan. Mesti boleh jadi gila kalau tak dapat main Internet. Ada satu berita yang mengatakan budak London sedih jika tak dapat layari internet.

LONDON: Hampir separuh daripada semua kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan bersedih jika tidak mempunyai akses kepada Internet. Seorang daripada lima kanak-kanak itu mengaku mereka akan kesunyian.

Sejumlah 1,000 kanak-kanak di United Kingdom yang berusia antara lapan hingga 16 tahun disoal mengenai kesan Internet dalam kehidupan mereka dalam satu kajian baru-baru ini.

Dan hasil kajian berkenaan menunjukkan, kanak-kanak mempunyai emosi yang tinggi pada Internet. Dan tidak mengejutkan perasaan seumpama itu lebih kuat di kalangan remaja belasan tahun. Menurut akhbar The Telegraph, 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 16 tahun mengaku mereka akan berasa sedih tanpa Internet sementara 48 peratus berkata, mereka akan kesunyian.

Remaja adalah pengguna paling tinggi peranti mudah alih dan yang lebih pelik, kanak-kanak berusia dua tahun, menguasai iPad keluarga. – AP

Kalau korang tak boleh main Intenet sebulan agaknya macam mana ye?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *