Berehat sebentar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia walaupun orang yang baca blog Kodet ni tak 1Malaysia pun. Di sini aku nak minta maaf banyak – banyak kalau ada salah dan silap . Tak lama lagi dalam sebulan aku akan menduduki peperiksaan PMR. Mandi tak basah , makan tak kenyang , kredit tak cukup memikirkan PMR .

Aku buat keputusan untuk berhenti sebentar blogging kerana ia menjejaskan pelajaran aku. Walaupun income buat blog ni memang banyak tapi biasa ah , pelajaran mesti diutamakan. Tapi kelebihan blogging ni buat karangan aku lebih mantap. Bila dah biasa kerah otak cari idea baru untuk entri baru , dah jadi biasa dapat cari idea untuk buat karangan.

Raya kali ini mungkin tak meriah sebab aku tengah memikirkan tentang PMR . Kalau dapat score PMR boleh dapat henfon baru . Kalau tak dapat score mesti malu dengan kawan – sepupu. Lagi 5 hari ramadhan akan pergi dan Syawal akan menjelma . Jadi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, dah dapat duit raya melaburlah dekat blog sebab pulangan blog memang lumayan. Sekian.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *