Bila Tarikh Keputusan UPSR 2012

Mesti ramai tertanya – tanya bilakah tarikh keputusan UPSR 2012. Tarikh keputusan UPSR akan menjadi tarikh paling menakutkan bagi budak yang mengambil UPSR. Ini kerana bakal menentukan mereka untuk masuk ke sekolah MRSM atau berasrama penuh. Mengikut jangkaan dari pihak kami,  tarikh pengumuman keputusan UPSR akan diumumkan antara 8 hingga 10 November ini sebelum sesi cuti persekolahan 2012.

Berkaitan tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini, berkemungkinan besar ianya akan diumum sebelum bermulanya sesi cuti persekolahan 2012 pada 9 dan 10 November. Seperti tahun-tahun sudah, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis.

Saya menjangkakan keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 8 November yang juga merupakan hari Khamis terakhir persekolahan sesi tahun 2012. Namun, semua ini hanyalah telahan sahaja dan perlulah kita sama-sama menantikan penetapan rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan UPSR 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh jatuhya Hari Raya Korban pada tahun ini mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi.

Kesimpulannya, adik-adik Darjah 6 tak perlulah risau sangat mengenai tarikh keputusan UPSR diumumkan. Serahkan urusan ini kepada pemeriksa kertas UPSR 2012 dan pihak Kementerian Pelajaran.

Teknologi sekarang membolehkan anda check keputusan upsr 2012 dengan sms selepas tarikh keputusan upsr diumumkan.

UPDATE : 19 NOVEMBER (ISNIN) TARIKH KELUAR KEPUTUSAN UPSR


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *