Biodata Badhri Radzi (Piya) Kelantan

 

Piya Badhri Radzi

Berikut adalah biodata Badhri Radzi atau dikenali Piya adalah kapten dari pasukan Kelantan yang berjaya meraih banyak piala pada musim 2011/2012.

Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagai ‘Piya’ sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan.

Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai ‘kapten’ kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.

Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi ‘attacking midfielder’ pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.

Pemain yang dilahirkan pada 02 Jun 1982 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menyumbat gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadikannya sebagai sejarah untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.

Badhri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badhri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

Biodata Badhri Radzi @ Piya

Nama Penuh : Mohd Badhri Mohd Radzi
Tarikh Lahir : 02 Jun 1982 (umur 30)
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Posisi : Pemain Tengah
Nombor Jersi : 16

Kelab

Kelantan FA 2004-2005 – 34 Kemunculan dan 15 Gol
PDRM FC 2005-2007 – 21 Kemunculan dan 8 Gol
Kelantan FA 2007 – sekarang – 100 Kemunculan dan 47 Gol
SKUAD NEGARA : 1 Kali kemunculan di bawah Ong Kim Swee dalam perlawanan Malaysia 0 – 1 Chelsea

Video Badhri Radzi

 

Carian Google


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\