Blogger penakut tak mahu anonymous mengomen blog beliau

 

Kebanyakkan blogger seumpama takut menerima kebenaran dengan unable anonymous mengomen blog . Mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman menerima komen yang pedas atau sindiran yang terlampau dari anonymous .

Untuk menjadi seorang blogger yang berdikari , kita perlu menerima hakikat dan pendapat orang lain . Kebanyakkan blogger yang hebat sekarang kebanyakkan menerima komen daripada anonymous kecuali beberapa blogger .

Kadang – kadang mungkin kita tersinggung dengan komen anonymous , tetapi ingatlah yang komen itu adalah daripada pendapat anonymous iaitu seorang manusia seperti kita . Tapi mesti ada sebab kenapa anonymous komen dekat blog kita .

Dari situ kita dapat tahu kelemahan dan apa yang orang tak puas hati dengan blog kita . Dengan cara itu kita boleh belajar dan mantapkan lagi dari pendapat anonymous .

Kebanyakkan anonymous ini adalah seorang yang bijak dan pandai . Kalau anonymous tak pandai macam mana anon boleh buat blog dengan design yang hebat seperti SayaAnonymous ?

Pendapat aku , jangan takut dengan anonymous . Kalau komen yang negative , kita tukarkan menjadi positif dan membina . Anonymous seorang yang baik hati sebab dia tak nak putuskan silaturahim dia dengan blog yang dia beri komen . Mungkin blog yang dikomen tadi tersinggung dan mencetuskan perbalahan . Blog yang tak bagi anonymous komen dihandel oleh seorang yang penakut!

Mungkin seorang rakan blogger ingin menegur rakan blogger lain , tetapi tidak sampai hati kerana hubungan terlalu rapat , lalu cara itu sajalah yang boleh digunakan untuk menegur atau memberi pandangan .


31 Responses

  1. THE LEKAT LEKIT STORY says:

    setakat ni sy tak kisah menerima komen dari cik/en Anon sebab bagi saya dgn kehadiran Cik/Anon ni meriahkan blog walau kadang2 komen dia agak panas, pedas.. Tp adakalanya apa di komen juga berguna. So, Anonymous U're welcome 2 my blog. kekekekeke
    TERKINI: LELAKI KACAK/HENSEM/MACHO SELALUNYA DAH BERPUNYA
    TERKINI: KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM

  2. Dauspozi says:

    Aku selalu mengalu-alukan anonymous sebab tu tak pernah tukar setting bhg komen tu..

  3. !! Kodet !! says:

    @Lekat Lekit Gurl : Bagus , barulah kita tahu kelemahan blog kita

    @Dauspozi : Wah , tak sangka Dauspozi baca blog aku …huhu!

  4. Mr Daha says:

    Ha3. aku suka Anonymous. Dengan adanya mereka ni kita tahu la apa silap salah kita. Biasanya blogger anon ni komen untuk tegur kesilapan kita. Maka benarkan la blogger anon ni.

    Lagi satu, anon ni juga maybe refer kepada bukan blogger. Ramai je budak2 sekolah, pakcik makcik, datuk nenek yang selalu online dan xtaw cara letak email, link untuk komen. so dorang guna je anonymous.

    P/s: Lama tak singgah blog kodet ni. ha3. =P

  5. LolliPop duDe says:

    kalau tak ada anonymous langsung nak komen macam mana pulak? haha

  6. Ujang9897 says:

    cik anon aku seorang jer..dia guna nama ZAKI..

    hahahaha

  7. Pejuang Kesenian extreme says:

    Setuju dengan pendapat tuan punya blog yg mengatakan blogger yang tidak membenarkan anonymous mengomen blog mereka adalah penakut..

    Anonymous juga pelawat..jadi kita kena menghormati mereka juga sebagai salah seorang pembaca blog kita…

  8. mOoN says:

    huhuhuh…aku baek ngan cik anon sebab tu dia x kcu aku…

  9. kak ina kl (2) says:

    nasib baik cuma sekali ajer kena kutuk dek anon tapi tulisan memang menghiris hati kecik auntie tau

  10. nabihancakap says:

    tidokla sy.. sy pnh ada pngalam buruk ngan cik anon.. rsnya.. better setting comment..

    hehehe

  11. nabihancakap says:

    tidokla sy.. sy pnh ada pngalam buruk ngan cik anon.. rsnya.. better setting comment..

    hehehe

  12. Ustaz Love says:

    Salam..

    Kalau anon menegur atau mengkritik, mungkin takde masalah.. tapi bagaimana dengan anon yg menyebarkan fitnah? 😉

  13. woot woot says:

    aku lagi suke ANON komen..nampak sangat die komen ikhlas kan ? bukan sebab nak BACKLINK or NAK SURUH BALAS VISIT..hahahahha

  14. Pisyek says:

    aku rase anon tu la yang takut, ape jadah plak blogger tu yang nak takut.

    Brani kerana benar orang-orang cakap.

    Hahahaha… xD

    [Salam ziarah dari http://www.pisyek.com]

  15. Ace3103 says:

    sangat sokong!! biarlah komen anonymous tu jadi pembakar semangat ea? hehe

  16. Syafiq Rosli says:

    betul..aku pasrah je ni..haha

  17. FaKArePa!n says:

    bior ler anonymous tu nak komen.. blog kena r demokrasi.. semua bebas bersuara.. tak gitu ??

  18. pilotHans says:

    kadang2 nk elakkan org spam xtentu hala….kadang org fobia bila ade org pelik2 masuk…sume ade reason sendirik..org melayu ni pantang di cabar….ckp pengecut trus rase tercabar…hahah…

    p/s sy xpernah comment anon…. tp sy okay..haha

  19. Aqillah Majid =) says:

    tak semue yg unable anon tu penakut.. ade yg nak jejak balik blog pengomen mereke =) boleh tak kite kate, blogger yg buat 'comment must be approved by da blog author' tu penakut jugak?? tak semue kan? ade yg buat mcm tu sebab nak bace semue komen, sebab blog mereka ramai pengomen..peace!

    memberi pendapat sy juge.. sy respect ur opinion.. ade juge blogger yg seperti awk kate… ^_^V!

  20. akid azami says:

    tak pernah kena lagi dengan anunimus.. Tapi ok je kalau dia datang blog aku.. selain dr komen yang berguna (kalau dia bagi komen yang bergunala), trafik gak tu

  21. abu idris says:

    Komen je.

  22. Faisal says:

    boleh tahan jgk pe yg ko katakan tu.setuju lah

  23. SayaAnonymous says:

    oleh sebab tu anon pun buat blog..boleh komen..huhu

  24. arep_lockermonth says:

    yup!thats right!

  25. нαηιмQαtяυηηα∂α says:

    Tak pernah ada pengalaman buruk dengan anon. Kalau kritikan/teguran membina takpe la. Tapi kalau anon tu maki2 sampai timbulkan pergaduhan/isu, contoh isu racist, etc dia la yang pengecut sebab nanti orang boleh trace dia kalau guna ID.

  26. izwanyusof says:

    aku tak minat kalau anonymous komen..pada aku anon lagi penakut..tak kisah letak nickname atau apa janji bukn anon.. kalau blogger berstatus anon tu lain kira plak kan…

    n boleh jadi gak org tu lupe nak tukar setting. hehe

  27. Ifti Larina says:

    erk! sumpah okes sblm nie tak PERASAN ter disable comment untk anon. hehe!!

  28. MamaIeta says:

    ada ke yang macam tu? eeeemmmmm tu kira tak bagus!

  29. Mish Apple says:

    biasenye… anon mncarot kat blog saye!!

  30. wanacesh says:

    bagi aku anon ni lah yang buat blog tu meriah dan pedas,,biasanya tuan blog last2 dia kata anon ni pengecut sbb x tingglkan url,,pada aku,,tuan blog tu yg pngecut sbb x bole trima pndpt lain n x pndai nk jawab sebaik2 nya,,,anon bkn pngecut tpi x nak pnjg gduh2,,n biasanya anon ni akan blik tgk blog dia komen untuk tgk respon tuan blog,,aku x pnh dpt komen anon,,tpi aku pnh jadi anon wakakaka!

  1. July 6, 2011

    […] buat macam ni , tolong berhenti menyusahkan orang yang search di google atau yahoo . Nanti kalau kena dengan Anonymous takut baru padan muka . Kalau korang jumpa blog yang macam ni , korang komen je pakai anonymous kutuk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *