Blogger Usah Sebar Aib Dan Mohon Taat Perintah Allah

Kehadiran beberapa blog hiburan tempatan sememangnya mendapat tempat di hati pembaca kerana dengan gosip – gosip dan gambar panas.Tetapi adakah anda tahu menyebarkan gambar lucah , aib orang adalah haram sema sekali. Kepada blogger – blogger, jika anda berjaya dengan kaedah ini , mohon bertaubat kerana masih ada masa untuk kita bertaubat. Allah sentiasa membuka pintu taubatnya untuk hambanya.

Bukan setakat itu , duit yang anda dapat dari menyebarkan gambar lucah dan aib serta cerita yang tidak benar (fitnah) tidak akan berkat dan haram. Saya sudah bertanya di page Ustaz Azhar Idrus dan ramai yang berkata duit yang diperoleh dari menyebarkan gambar lucah adalah haram. Jadi apa lagi alasan anda?

Berikut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus tentang masalah ini, yang diambil dari laman web rasmi beliau, Digital Mukmin:

.

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat ( model wanita terutamanya).

Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yang haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd orang lain samada dimuatkan pada majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar-gambar tersebut belum di delete, maka selama itulah photographer/blogger mendapat saham dosa.

Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.

Allah Taala menyebut dalam Quran:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).

Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain. Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban tersebut kepada umum.

Orang beriman sifatnya mengasihi saudara seagama dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadis:

يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة

“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).

Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat

 

 

Sumber : Page Dongeng Dan Tauladan

Mohon hentikan perbuatan ini blogger Islam. Mesej ikhlas dari hati daripada Kodet Froyo aka Amirul Imani. Ada dosa yang Allah dapat ampunkan dan ada dosa yang hanya manusia dapat ampunkan. 


2 Responses

  1. amirnawawi says:

    Yeah! Kadang-kadang disebabkan mahu mengejar traik yang tinggi ada yang tidak kesah akan hal sebegini. Amat mendukacitakan.

  2. azrijohan says:

    alhamdulillah kodet, bagus buat post cam ni.. peringatan untuk diri sendiri dan juga blogger2 yang lain. semoga kita semua mendapat perlindungan Allah Taala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *