Borang BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

Bagi yang ingin memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 boleh download borang BR1M 3.0 secara online.Pada 2013, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450. Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

br1m

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

Permohonan BR1M 3.0 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.

Borang BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

brim 3.0 info


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *