Bukti Sebenar Kenaikan Harga Roti Gardenia Adalah Palsu

Gambar bukti sebenar bahawa kenaikan harga roti Gardenia adalah palsu dan tidak benar. Timbul isu pada mei 2013 bahawa harga roti Gardenia naik secara mendadak dan tersebar dilaman sosial.

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna Roti Gardenia. Harga asal roti Gardenia di semenanjung adalah RM 2.40 tapi dinaikkan sehingga RM4.20. Untuk pengetahuan anda, harga RM 4.20 adalah roti Gardenia di Sabah sahaja. Harga di semenanjung Malaysia masih kekal dan kedua-dua pengurusan syarikat gardenia sabah dan semenanjung adalah berbeza sama sekali.

Gambar Tersebar Kenaikan Harga Roti Gardenia

Ini adalah harga untuk roti Gardenia di Sabah sahaja.

gardenia naik harga

Penjelasan Syarikat Gardenia Isu Roti Naik Harga

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain.

Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza. GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah.

Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bukti Harga Roti Gardenia Di Semenanjung Masih Kekal

Bukti bahawa harga roti Gardenia di Semenanjung Malaysia masih kekal dan tidak berubah.

Roti Gardenia Naik Harga ke tipu la

roti


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *