Bunuh lagi: Polis Sahkan Anggota TUDM Mati Ditembak Adalah Ketua Kongsi Gelap 36

Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah, Ipoh pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.

“Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08,” katanya.

Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.

Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap.

lokasi-pembunuhan-jambu-keshan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *