Cara Cover Line Dari Malu

387241_326983573989345_1102534520_nkorang semua mesti pernah  melalui situasi memalukan , dan dek kerana tak pandai nak cover line korang akhirnya mendapat malu bertimpa-timpa lagi , jadi pentingnya utk tahu cara nak coverline ni. Di bawah ni contoh situasi kalau berlaku kat korang , jadi korang boleh cover line dari mendapat malu :

1. Kalau tersepak batu dan jatuh: Korang  Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak.. takpun korang beristighfar , memohon keampunan kpd allah mungkin balasan dosa silam korang . jadi kalau  orang  sekeliling korang tengok pun sejuk hati tak jadi nak gelak kan korang , malahan memuji sifat dan peribadi korang yg mulia tu ..

2. Kalau terjatuh basikal atau motor: cepat-cepat naik basikal @motor korang semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak atau sedang berlatih aksi-aksi willy ke mnggunakan besikal…

 

3. Kalau terjatuh tangga: korang terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus… kalau tak reti nak  bersilat korang buat la senaman ringan kat tangga tu ..

 

 4. Kalau terjatuh dalam longkang: korang pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang  rakyat yang amat prihatin terhadap kebersihan… kalau takde sampah , korang buat2 lah mencari dgn muka nerves, cuak dan risau , kononnya barang berharga korang jatuh dlm longkang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *