Cara Membuat Wanita Jatuh Cinta

muslimah

Wanita yang lembut sifatnya dan ayu perwatakannya amat mudah untuk jatuh cinta. Di sini saya kupaskan cara untuk membuat wanita jatuh cinta. Mengapa? Adakah hati mereka mudah terusik atau mereka ini mudah didekati?

Biasanya wanita amat mudah terpesona dan jatuh hati pada lelaki yang pandai berkomunikasi. Lelaki yang sweet talker ni amat disenangi wanita dan amat menghiburkan terutama wanita yang kebetulan di dalam kesepian atau kekecewaan. Maka jangan hairan dalam beberapa ketika saja wanita terus jatuh cinta kepada lelaki yang sebegini.

Berwajah maskulin. Wanita memang suka lelaki maskulin, tegas dan tegap. Jangan hairan kenapa wanita lebih tertarik kepada lelaki seperti awal ashaari atau jehan miskin(contoh) berbanding lelaki yang kacak, putih dan tanpa bulu(err maksud Kasih Suci bersih tanpa misai dan janggut)

Giler-giler-perangai giler-giler dan suka melawak amat disenangi oleh kaum wanita. Wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki jenis sebegini. Jangan anggap mustahil memikat wanita yang cantik hanya kerana paras rupa kurang menarik. Wanita akan jatuh cinta kepada lelaki yang buat mereka rasa selesa bukan hanya pada paras rupa sahaja.

Ambil berat- Berhati-hati jika kamu jenis yang prihatin dan tidak punya perasaan terhadap mereka. Wanita sangat mudah merasa sayang kepada lelaki yang mengambil berat tentang diri mereka. Pada mereka jika lelaki itu amat mengambil berat tentang mereka bermakna lelaki itu punya perasaan terhadap mereka.

Kesunyian-Faktor kesunyian juga memainkan peranan. Kadang kala kesunyian hati buat wanita mudah membuka ruang menerima lelaki yang suka mengisi kekosongan hati mereka .

Kisah silam- Kisah silam yang memeritkan kadang kala jadi punca mengapa wanita mudah jatuh cinta lagi. Mereka ingin mencari kedamaian dan mengejar kebahagiaan. Mereka ingin segera melupakan kisah lalu yang memeritkan dalam hidup mereka.

Kewangan-Faktor kewangan yang kukuh juga buat wanita yang tidak berapa baik mudah tertarik. Berhati-hati wahai lelaki di luar sana yang mempunyai kewangan yang kukuh kerana kamu mungkin mudah dipancing oleh wanita yang mungkin akan mengambil kesempatan atas kelebihan kamu itu.

Faktor umur- Lelaki yang lebih berumur mudah buat wanita muda terpikat kerana wanita inginkan lebih perhatian. Lelaki berumur selalunya lebih sabar melayan kerenah wanita muda yang mudah merajuk dan merengek tak tentu pasal berbanding dengan lelaki muda.


2 Responses

  1. titan says:

    orang perempuan memang suka lelaki pandai melawak.

  2. Fred says:

    ….faktor umur; sya memang percaya semakin ramai gadis2 tergila2 dengan Ku sedang umur Ku da naik 42….mungkin kerana sikap Ku penyabar, cool Dan lucu dam bersih…gadis menyukaiku sdangkan poker Ku pas2 an sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *