Cara Menghilangkan Ulser Mulut

Bekerja dalam ofis bertutup dengan air-cond dari 9 pagi sampai 6 petang , memang aku tak tahu macam mana keadaan suhu dekat luar. Enche Fendy ada merungut 2,3 hari ni panas membahang. Tapi bila dalam mulut ada ulser, ha baru aku mengaku panas betul sekarang kan..? Hehe..

Ulser mulut boleh terjadi bukan je disebabkan suhu luar dan suhu badan yang panas, tapi kalau sambil makan tergigit pun boleh jadi juga. Luka sikit pun cepat je bakteria dan kuman dalam mulut datang berkampung, maka jadilah ulser mulut.



ni bukan aku, amik dari en.google


 Antara petua yang boleh dicuba;

  • Tempekkan asam jawa kat tempat ulser. Pedih sikit lah, tapi boleh kecutkan ulser dengan cepat. Boleh juga pakai asam keping @ asam gelugor. Ni petua mak aku yang bagi.
  • Letak garam halus sikit kat tempat ulser, tapi pedih yaaa amaaatt…aku takut nak try..haha
  • Boleh juga tenyehkan madu asli kat ulser tu. (tau tak tenyeh? Hehe..sapu la)

Selain tu boleh amalkan;

  • Kemam ais dalam mulut, terutamanya ditempat ulser tu.
  • Banyakkan makan betik yang disejukkan terlebih dahulu.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Minum air barli suam.
  • Minum air gula batu.
  • Berus gigi pakai ubat gigi Oral B.

Kalau ulser tu degil juga lagi, pergi je lah klinik…biasa doktor akan suggest oral aid atau bonjela. Ok selamat mencuba!

Selain tu , ulser mulut dikatakan boleh menyebabkan barah , nak tahu lebih lanjut ulser mulut menyebabkan marah ni boleh check kat sini .

Sumber : GadisKu Tersayang

Cara hilangkan ulser mulut , hilangkan ulser mulut , rawat ulser mulut , punca ulser mulut , akibat ulser mulut , cara merawat ulser mulut , macam mana nak hilangkan ulser mulut , menghilangkan ulser mulut


5 Responses

  1. Puteri Iqa Izyan says:

    wahhhh… bagus ni tips ni.
    tapi prefer gune oral aid. sebab lps tu rase pedih die best gile. huhu..

  2. THE LEKAT LEKIT STORY says:

    hubby sy kerap kena ulser.. dh mcm2 ubat ulser kat umah ni.. ni kena try cara petua tradisional lak. kot2 krg skit kena ulser

  3. Azham Vosovic says:

    sakit….memang sakit….

  4. armouris says:

    lagi info tentang ulser mulut di SIHAT SELALUUlser Mulut Boleh Menyebabkan Barah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *