Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan

Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan – Solat jenazah merupakan penghormatan terakhir buat si jenazah. Banyak yang masih tak tahu cara solat jenazah. Ahli keluarga yang tak sertai solat jenazah ni sebenarnya rugi sangat.

solat islam

Secara asasnya, solat jenazah ini mudah sahaja. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.

Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.

Cara Solat Jenazah secara Ringkas

1. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah “sebagai makmum kerana Allah Taala”
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
++ Baca : Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat “Allahuakbar”
++ “Assalamualaikum warahmatullah ” Beri Salam kanan n kiri 🙂
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan – Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.


1 Response

  1. June 15, 2016

    […] Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *