Cardiff City Sah Layak Ke EPL Musim Depan

f

Patah tumbuh Hilang berganti.. Jika pemilik QPR dari malaysia bakal tersingkir dari Liga EPL musim depan.. satu lagi Pemilik dari Malaysia pasukan Cardiff City sah menempah slot ke Liga EPL musim depan..

Kelab dimiliki usahawan Malaysia, Cardiff City mencipta sejarah apabila sah akan beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan, sekali gus menamatkan penantian panjang 51 tahun selepas mereka seri 0-0 dengan Charlton di laman sendiri, awal pagi tadi.

images

Ia mengingatkan kembali memori indah kelab berkenaan ketika kali terakhir mereka berjaya naik ke saingan EPL, 53 tahun lalu.

Biarpun saingan Liga Kejuaraan masih berbaki tiga perlawanan, Cardiff berjaya menjamin dua kedudukan teratas bagi slot automatik naik ke saingan EPL selepas pasukan tangga ketiga, Watford tewas 0-1 kepada Millwall.

Selepas 43 perlawanan, Cardiff jauh di tangga teratas dengan 84 mata diikuti Hull City 77 mata, Watford 71 mata, Brighton 66 mata, Crystal Palace 66 mata dan Leicester 64 mata.

Dua pasukan teratas Liga Kejuaraan akan layak automatik ke EPL manakala pasukan ketiga hingga keenam bakal beraksi perlawanan playoff bagi merebut satu lagi slot terakhir.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *