Cerita tentang Kodet (Penat aku tulis ni)

Assalamualaikum , sebenarnya nama Kodet ni diinspirasikan dari majalah G3 . Siapa yang baca dia tau la siapa Kodet. Untuk pengetahuan binatang yang warna hijau di gambar itu ialah Kodet . Aku memang minat majalah yang ada komik macam Ujang , Gempak , Utopia tapi aku tak minat ah Kreko sebab aku selalu baca online saja komik jepun .

Blog Kodet Guide ni masih baru lagi dan biasalah kalau blog baru follower pun sikit lagi . Tapi alhamdulillah , orang yang baca blog aku semuanya puas hati walaupun ada lawak lucah , tapi itu memang orang suka baca dan aku pun sama ja . Kalau ada masa follow la blog Kodet .

Ini yang terbaru , blog aku tersenarai dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 . Mungkin kawan aku yang letak kot ataupun sapa – sapa jelah , btw thx ar . Tapi aku dimasukkan dalam kategori blog personal lelaki pilihan . Aku bukannya selalu tulis tentang diri aku dan kehidupan aku . Aku berharap aku dapat masuk dalam kategori lawak pilihan sebab kebanyakkan post aku adalah berunsurkan lawak , gambar pelik dan benda yang merapu .

Yang ketiga ialah aku ada buat video pendek dan diupload di Youtube , ramai yang kata tak best . Tapi aku rasa skrip aku dah ok tapi mungkin sebab pelakon muda kot , mana nak tau berlakon lagi . Lagipun aksi gaduh yang aku buat jadi tak best sebab pelakon dia gelak masa gaduh , walaupun 3 kali screen test tapi masih gelak , aku tak boleh nak buat apa . Jum layan video skrip aku tapi aku just jadi cameraman ja . Click Sini untuk tengok video tu .

Yang keempat aku nak cerita tentang ddr yang semakin rancak dan popular . Aku masih tertanya siapakah admin page DdR. 24/7 online walau sesaat mesti ada untuk menyelamatkan DUNIA! Aku challenge semua orang yang tengok post ni tulis rambut ddr cantik mesti tak sampai seminit komen tu dah hilang atau korang akan di banned terus dari page ddr wooooo. Kalau nak tau page yang paling aktif 24/7 ialah page Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh .  Sekarang balik kepada gambar di atas , setiap hari aku renung gambar tu kurang dari seminit , aku tergelak terbahak – bahak tengok gambar mamat ni . Memang peminat ddr tul ah! Sirius aku kata aku tak sabar nak tengok Pamela Anderson muncul dalam filem dia selepas ni , aku tak tengok lagi 2 Alam , kalau ddr tak berlakon malas ah nak tengok . Aku ni memang peminat ddr , apa yang aku suka ddr ialah ketabahan dan usaha dia untuk jadi orang yang berjaya dan kaya . Kita suka komen orang kaya lupa diri , tapi hasil kekayaan dia , memang dia berusaha lor! So janganlah kutuk lebih – lebih pada dia . Lebih baik kutuk Justin Bieber!! Mungkin lepas ni ada la orang nak baling selipar kat aku sebab menghina idola mereka – Justin Bieber . 


Thanks for reading ah , aku nak tulis ni pun makan masa yang agak lama , dalam 13 minit jugak ah sambil nak chat ngan kawan kat fb , cari gambar peminat fanatik ddr dengan promote blog ni . Aku harap lepas ni aku dapat ar jadi mcm Joegrimjow.  Duit nuffnang dia memang tip top , dan visitor yang ramai .  ok selamat malam .

Update : Hubungi Kodet melalui amirul@gomofm.org


9 Responses

  1. zyha says:

    mmg c0ol la..
    aq nk jd pmnat unk..

  2. KodetGuide.Blogspot.com says:

    thx zyha , aku mmg suka ada peminat . haha
    Lagipun ddr pun gembira kalau ada peminat . (peminat yang suka komen negarif ) haha

  3. wunny says:

    haha kelakar kot gamba budak tuuu! ddr junior. xP

    jom singgah:
    kenapa ikan tiada kelopak mata?

  4. .::: Princess MOMOY :::. says:

    haha…ddr. junior…lawak giler

  5. KodetGuide.Blogspot.com says:

    @wunny sebab tu la aq jenguk stiap ari

  6. NOOR FATIN says:

    dah lama xbaca G3! hehe best majalah tu.. hehe

  7. KodetGuide.Blogspot.com says:

    @noor yep , mmg best . harga pun ok dri Ujang

  8. Anonymous says:

    ape yg lwk nya ..
    hahax ..

  9. perghhh terbaik la masuk dlm list tuh…pemessss ko…#retis dah skang…

Leave a Reply to zyha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *