Cody Walker Ganti Tempat Abangnya Dalam Fast & Furious 7

Adik lelaki kepada mendiang Paul Walker akan mengantikan tempat abangnya bagi menyiapkan keseluruhan filem Fast & Furious 7, tak lama lagi.

cody walker

Wajah Cody Walker yang bekerja sebagai pelakon aksi ngeri hampir menyerupai abangnya Paul yang terbunuh dalam kemalangan di Clarita, California pada 30 Nov yang lalu.

Penerbit akan membuat pengambaran Cody daripada arah belakang dan jika memerlukan wajah dekat Paul, mereka akan menggunakan imej komputer.

Sekiranya Cody bersetuju, ia merupakan penghormatan kepada mendiang abangnya, bagaimanapun banyak lagi perkara perlu dilakukan kerana keluarga tersebut masih bersedih dengan kematian Paul.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *