CUEPACS TETAP MINTA BONUS SETENGAH BULAN GAJI SEMPENA AIDILFITRI

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa,telah menjelaskan bahawa kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan dan beliau berharap semua penjawat awam yang menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, boleh anggap kenaikan berkenaan sebagai bonus. Katanya, kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.

Bagaimanapun bagi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mereka tetap meminta kerajaan memberi bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata dalam satu sumber berita, pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

datuk-omar-osman

Mengulas lanjut, Omar berkata pemberian bonus itu juga dapat menaikkan semangat bekerja dalam kalangan penjawat awam, sekali gus turut membantu meningkatkan produktiviti mereka. Omar juga berkata kenaikan gaji tahunan dan bonus setengah bulan haji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam adalah dua perkara berbeza. Beliau berkata pemberian KGT dua kali pada tahun ini telah dijanjikan oleh kerajaan dan merupakan kenaikan sama rata mengikut gred jawatan tetapi bonus setengah bulan Aidilfitri adalah khusus untuk musim perayaan. Justeru, katanya Cuepacs amat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri itu.

“Bonus setengah bulan yang diberikan secara ‘advance’ kepada penjawat awam bukan sahaja dapat memberi semangat kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat, malah menggembirakan anggota keluarga mereka kerana persiapan hari raya lebih mudah dan tidak membebankan,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *