Darul Takzim tidak akan berehat

921824_33_preview

Pasukan Darul Takzim akan bermain dalam lima perlawanan persahabatan bersama beberapa kelab Singapura pada beberapa hari akan datang.

Jurulatih Fandi Ahmad menegaskan bahawa pasukan akan berjuang untuk mengekalkan prestasi dalam masa rehat tempoh tiga minggu dari saingan Liga Super Malaysia.

Beliau turut mengaturkan lima perlawanan persahabatan bersama beberapa kelab Liga Singapura dengan yang pertama bersama Hougang United di Stadium Larkin pada malam ini sebelum bertemu H2O Dream Team di Singapura pada hari Khamis.

Perlawanan ketiga akan melibatkan kelab Geyland United yang akan berlangsung di Stadium Larkin diikuti pertemuan bersama kelab Singapura Armed Forces di padang yang sama.

Darul Takzim akan ke Stadium Jalan Besar untuk lawan pasukan Young Lions pada 9 Februari.

Jurulatih Singapura itu turut berkeras bahawa pasukan sedang sasar untuk meningkatkan prestasi selaku mencari kelemahan pasukan.

“Saya ingin memberikan peluang kepada pemain simpanan untuk menonjolkan kehebatan di atas padang. Mereka tentu memerlukan lebih pengalaman di atas padang dan juga dalam pertandingan.

“Saya juga perlu lebih menyiapkan pasukan kerana kami sedang dilanda beberapa masalah kecederaan,” Fandi berkata.

Pasukan mula ditimpa malang apabila penyerang utama, Safee Sali terpaksa dikecualikan tempoh tiga minggu akibat kecederaan lutut kiri yang dialami dalam sesi latihan pada hari Khamis.

Kedua-dua pemain import Darul Takzim juga tercedera apabila pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Guiza mengalami kecederaan bahu kiri dalam kemenangan 1-0 ke atas Perak dalam perlawanan pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Larkin pada hari Jummat sementara pemain tengah Simone Del Nero pula telah kembali ke Itali untuk mendapat rawatan ke atas kecederaan hamstring.

Walaupun berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA, pasukan yang telah berbelanja besar pada musim perpindahan sebelum itu tidak mampu menyerlah dalam saingan Liga Super Malaysia setakat ini. Mereka kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan pertama dan sedang berada jarak empat mata di belakang tempat utama dalam kedudukan.

Pasukan Johor itu akan menerima kunjungan pasukan Terrenganu, T-Team di padang sendiri pada 16 Februari nanti.

Tiket untuk pertemuan antara Darul Takzim dan Hougang United akan mula dijual pada jam 5 petang di pejabat PBNJ Stadium Larkin. Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *