Derby Manchester

 

David Silva kini diragui untuk aksi derby dengan Manchester United pada hujung minggu.

Silva merupakan watak penting City, namun mungkin terpaksa direhatkan apabila aksi derby berlangsung antara dua kelab terbesar tersebut pada musim ini.

Silva bermain penuh 90 minit semasa seri 1-1 dengan Everton dalam perlawanan Liga Perdana pada hujung minggu, namun melaporkan mengadu berhubung hamstring yang telah mengetepikannya dari pertembungan Liga Juara-juara dengan Dortmund.

Midfielder itu tidak menyertai skuad ke Dortmund dan akan dipantau di Manchester menjelang derby bersama United pada hari Ahad.

Mancini berkata, “Ia masalah hamstring. Kami tak tahu jika dia boleh pulih untuk derby. Kami akan cuba.”

 


1 Response

  1. pahan says:

    Agaknya sapa boleh menang kali ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *