Diari Harimau Muda di Australia

924330_33_previewPasukan Malaysia Bawah-23 kini berada di Brisbane, Australia selama dua minggu untuk latihan dan empat aksi persahabatan sebagai persiapan awal untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA akhir tahun ini.

Hari 1: Latihan pertama di basahi hujan dan angin sejuk

Kami selamat tiba di hotel penginapan Outrigger Surfer’s Paradise pada jam 3 pagi semalam selepas penerbangan selama enam jam dari Bali. Kami semua hanya sempat tidur untuk beberapa jam sahaja. Pada jam 9.45pagi pasukan menikmati sarapan yang disediakan pihak hotel.

Kami kemudian berangkat ke Restoran Nicolinis pada jam 1.15 petang tidak jauh dari hotel untuk makan tengah hari. Para pemain dihidangkan dengan salad terlebih dahulu dan telah diberitahu untuk habiskan salad mereka. Ini adalah salah satudari diet para pemain.

Pada jam 4.00 petang kami menaiki bas ke Mallawa Sports Complex untuk sesi latihan. Lokasi ini adalah ‘home’ kepada pasukan yang akan bertemu Harimau Muda pada 26 Januari nanti iaitu, Palm Beach Soccer Club. Pasukan yang digelar sebagai ‘The Sharks’ ini beraksi dalam Australian Premier League, liga divisyen 3 di Australia.

Hujan mula turun sejurus selepas Harimau Muda sudah bersedia untuk menjalani latihan. Tetapi latihan tetap diteruskan. Dedikasi dan kesungguhan pasukan jurulatih dan pemain wajar dikagumi.

Selepas latihan tamat, kami menikmati makan malam di tempat yang sama di mana para pemain dihidangkan salad, pasta dan buah-buahan. Mereka harus menjaga pemakanan mereka untuk kekal cergas jangka masa panjang. Mereka selalunya hanya diberi makan nasi pada waktu tengah hari.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *