(Diari) Orang yang ku sayang pergi selama-lamanya

Assalamualaikum , dah 2 hari aku tak dapat online . Oleh kerana kesedihan yang melampau aku tak dapat nak menahan dari tulis ke blog walaupun aku jenis tak suka share . Mungkin dengan cara ini dapat mengilangkan kesedihan aku .

Pada 30 November 2010 (Selasa) Tok aku telah kembali ke rahmatullah . Inilah saat yang paling aku nak hadapi kerana dah lama aku fikir tentang ni semasa dia sakit . Tok aku ni merupakan orang yang peramah , mesra , patutlah ramai orang yang hadir dari pelusuk Malaysia dengan kapal terbang , bas , kereta dan motor untuk menziarah tok aku di saat akhir sebelum dikapankan .

Beliau juga seorang ibu dan nenek yang penyayang . Dari kecik sampai ke besar , dialah yang menjaga aku . Masa aku first – first aku nak ke sekolah (darjah 1 ) dialah yang teman aku sebab aku dulu bukan suka p sekolah sangat . Sebelum aku ke sekolah , dia akan sediakan segala apa yang aku perlu . Contohnya baju , seluar , stokin , sapu tangan dan duit di atas almari dan aku cuma ambik . Selepas balik sekolah dia akan masak makanan feveret aku iaitu semua jenis masakan ayam (Gulai ayam ,merah ayam , kurma , kadang2 ayam goreng ) . Actually , tok aku duk kat rumah aku untuk jaga aku sebab mak aku kerja dan bapak aku kerja siang – siang takda siapa nak jaga .

Kalau rambut aku atau abang aku panjang , dia akan bawak aku naik bas ke pekan gunting rambut . Lepas tu boleh kami shopping – shopping kat stesen bas . Bila cuti kadang – kadang dia bawak aku pergi rumah dia kat alor star (kampung ) naik bas transnasional yang ambik masa 2 jam nak sampai . Maklumlah tak guna highway dan bawak dalam 40 – 60 kmh .

Tapi tok aku ni mempunyai penyakit yang susah nak berubat iaitu asma . Kadang – kadang dia penat , aku ngan mak aku bawak g klinik . Masa tok aku dalam umur 50 asma dia taklah teruk sangat . Tok aku ni ada banyak adik beradik dalam 7 orang . Semua masalah dia yang selesaikan . Tok aku ni macam jadi orang tengah dalam keluarga aku . Contoh kalau tok aku tak duduk di rumah aku , jarang paklang(abg mak) nak mai rumah aku dan aku juga jarang nak mai rumah paklang sebab tiada sebab munasabah sekadar ingin berjumpa . Ini bukan maksud aku keluarga aku renggang – selalu telefon lo

Cerita punya cerita , tok aku ni paru-paru dia berlubang . Itu yang payah dia nak bernafas . Pada 2010 , dia berumur 70 thn. Masa 2009 dia tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke dalam HDW hospital alor star . HDW bermaksud High Depedency Ward . Orang kata kalau masuk HDW ni 50-50 ja dapat ok balik atau terus down.. Masa tu aku dah mula ketaq sangat , aku dah mula doa punya doa akhirnya dia elok tetapi tak sembuh fully dan dia nak jalan pakai tongkat .Tapi dia semangat kuat , tak perlukan tongkat pun walaupun jalan kadang – kadang nak jatuh .

Lepas tu tok aku p umah adik bradik dia . Aku kini dah boleh berdikari untuk duduk sorang – sorang kat rumah . Dalam 3 bulan juga tok aku duduk situ sekadar untuk berehat sebab dia baru keluar HDW . Dalam 3 bulan dia berehat dekat rumah adik beradik dia , tok aku ni dijaga oleh adik beradik tok aku . Bila aku datang kat rumah adik beradik tok aku , saja la melawat tengok – tengok tok aku kata nak balik ke rumah aku . Aku agak terkejut boleh ke ? nanti kalau aku pergi sekolah siapa nak jaga tok kat rumah .

Lepas tok aku balik kt rumah aku , aku agak terkejut sebab hari ketiga aku pulang dari sekolah tengok – tengok dia masak gulai ayam feveret aku . Gulai ayam tok aku memang special sebab tak da sapa yang buat rasa macam tok aku buat . Dia buat guna resipi turun temurun . Kalau nak dibanding dengan kari Nasi Kandar memang out of standing lah ! Tapi masa ni dia dah tak berapa larat . Dah banyak kali keluarga aku nasihat tapi dia masih nak masak sebab itu memang hobi dia duduk kat dapur . Dari dulu lagi memang hobi dia kat dapur . Dalam 10 hari duduk kat rumah aku , tiba – tiba dia penat teruk . Mak aku bawak ke hospital Sungai Petani dan dimasukkan ke HDW . Penuh wayar , komputer kat katil dia . Mak aku cerita yang doktor cerita kat dia yang tok aku ni tak banyak harapan nak hidup sebab paru – paru dia dah rosak teruk . Doktor tu suruh mak aku berdoa untuk tok aku ni walaupun dia cina .

2 minggu tok aku di HDW , aku ulang alik dari rumah ke HDW . HDW ni pengawalan dia ketat sangat . Nak masuk cuma boleh 2 orang dalam satu masa . Kalau waktu melawat dah habis , jangan harap nak masuk kecuali betul- betul tenat atau di keadaan nazak .

Pak Lang aku yang di Alor Star juga ulang alik dari Alor Star ke Sungai Petani . Waktu ni banjir besar melanda Alor Star , air paras dada kat rumah pak lang aku . Sebenarnya pak lang aku ni cuma duduk kat rumah tok aku sebab tok aku suruh pak lang aku duduk situ . Ini rumah masa tok aku dengan tok wan(arwah) dulu – dulu . Mak aku dengan pak lang aku dibesarkan di sini bersama Pak Chaq .

Selepas 2 minggu di hdw , mak aku dah ambik keputusan nak hantar tok aku ni ke hospital Alor Star sebab banyak saudara-maranya di sana . Dalam 2 minggu di hospital Alor Star . Pada hari selasa 30 November 2010 , mak aku tiba – tiba call abang aku suruh melawat tok aku kat hospital . Kami pun cepat-cepat bersiap pergi tengok tok . Kat hospital Alor Star mak aku dah tempah first class room untuk tok aku . Jadi boleh masuk ramai – ramai . Bilik dia pun besar  , kalah hospital swasta yang bayar mahal – mahal tu .

Hari Selasa tu tok aku agak tenat sebab dia tak mau bercakap dengan orang . Walaupun ditegur banyak kali dia buat tak tau . Hari sebelumnnya dia boleh la cakap sikit – sikit tapi tu pun memang agak limited ayat keluar dari mulut dia . Maklumlah dia penat dan susah nak bernafas , kalau bercakap mesti tak dapat nak hirup oxygen dari tiub tu .

Masa pkul 5 , tok aku dah semakin teruk , doktor mai check tok aku . Doktor tu panggil mak aku cakap dengan dia kat luar bilik . Doktor tu cakap tok aku ni kalau sembuh pun dia akan teruk balik . Doktor ni kata nak biarkan dia hirup oxygen dari tiub atau masukkan tiub melalui mulut . Masuk tiub ni melalui mulut amat sakit . Tok aku kata walaupun dah setahun masukkan tiub dalam mulut masih terasa masa nak makan . Dalam sebulan ni tok aku dah 2 kali masuk tiub dalam mulut . Aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya dan deritnya tok aku untuk terus hidup .

Sebenarnya dari hari pertama tok aku dimasukkan ke HDW ,doktor dah cakap yang tok aku ni dah tak lama . Tapi dia masih boleh tahan sebulan . Itulah semangat tok aku yang tiada pada orang lain . Kembali pada hari selasa tu , mak aku dah ambik keputusan dengan tanya semua adik beradiknya untuk membiarkan tok aku hirup oxygen dengan tiub . Maksudnya biar tok bernafas sendiri tanpa guna komputer atau tiub masuk dengan mulut . Dalam 2 jam lepas tu , nadi tok aku dah semakin menurun dari 100 ke 50++ . Masa tu mak aku dah ajar tok aku mengucap , dalam bilik tu juga ada pak lang dan ramai lagi . Semua yang di dalam bilik tu mengajar tok aku mengucap . Tapi masih tak boleh . Masa kul 7 , aku , abang aku & pak lang turun pergi kafeteria makan sebab dari siang tadi tak makan apa – apa . Tiba-tiba abang aku dapat panggilan masa tengah makan dari mak aku yang suruh naik cepat . Kami pun cepat – cepat naik atas walaupun baru nak makan . Masa kami naik tingkat 7 , kami masuk dalam bilik . Alangkah sedihnya hati ini tidak dapat digambarkan yang tok aku dah TAKDA! Innalillah .. Masa tu semua yang dalam bilik tu mengalir air mata .
Tapi aku rasa aku bertuah dapat melihat wajah tok aku sebelum dia meninggal dunia .

Oleh sebab cerita yang terlalu panjang aku akan update nanti part 2 . Aku harap orang yang baca boleh sedekahkan al – fatihah untuk tok aku . Patutkah aku letak gambar tok aku? leave your comment .


5 Responses

  1. hans says:

    sedih pula aku baca….
    bawa banyak bersabar yer
    xpayah la letak gambar

  2. KodetGuide.Blogspot.com says:

    thx 4 reading n comment . ok

  3. hans says:

    ko banyak2 berehat dlu lah
    nanti bila dah hilang sedih tu terus berblog balik

    P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

  4. alinac lover says:

    Al-fatihah…yong pon tkut jadi mcm ni..yong pon dok ngn tok jugak.sampai la skg..

    err..org SP ka ni?

  5. fyy mokhtar says:

    sobss 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *