Dihukum Pancung Kerana Sumbang Mahram Di Arab Saudi

Dihukum Pancung Kerana Sumbang Mahram Di Arab Saudi (Hudud): Seorang lelaki Arab Saudi disabitkan bersalah kerana merogol seorang wanita yang merupakan anggota keluarganya dengan menjatuhkan hukuman pancung pada Rabu, kata kementerian dalam negeri.

Kementerian itu dalam satu kenyataannya menerusi agensi berita berkata, Faleh Ali al-Oteibi didapati bersalah kerana melakukan liwat dengan mahramnya, sambil menambah bahawa lelaki itu melakukan perbuatan itu selepas minum alkohol, yang dilarang di negara Islam yang konservatif.

Identiti mangsa tidak didedahkan.

Menurut AFP berdasarkan laporan-laporan rasmi, Oteibi dipancung di sebuah bandar di barat Makkah menjadikannya sebagai yang ke-53 yang menerima hukuman mati setakat ini pada tahun ini.

Selain pembunuhan, berdasarkan undang-undang syariah, hukuman mati yang ditetapkan di Arab Saudi turut disebabkan oleh beberapa kesalahan termasuk rogol, murtad, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah. – AFP

Dihukum Pancung Kerana Sumbang Mahram Di Arab Saudi (Hudud)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *