DINASTI GHAZNAVID – DINASTI HAMBA YANG BERJAYA DI INDIA

DINASTI Ghaznavid – Dinasti Hamba Yang Berjaya di India – Sebuah kisah sejarah yang dikongsikan oleh Hangpcdua Malaya di Facebook, semoga kita boleh mengambil teladan dari kisah sejarah yang berlaku di India ini. Artikel ini sangat panjang, ambiklah masa untuk membacanya sehingga tamat.

DINASTI GHAZNAVID

Peranan Mahmud Ghaznawi dalam perkembangan Islam di India.

India merupakan antara negara tertua di dunia. Sejarah India dapat dilihat dalam jangkamasa yang panjang sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi. Nama India ini terambil daripada Sungai Sindu, satu diantara sungai-sungai yang besar di benua India, yang sekarang ini pemerintah disana berusaha hendak mengembalikannya kepada nama yang asli iaitu: Bharat. Benua kecil India telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam bidang sosial, politik, keagamaan, peperangan dan banyak lagi. Tamadun India bukan sahaja salah satu tamadun unggul yang tertua di dunia, malahan tamadun India juga dikenali kerana keunikannya yang unik. Keunikan ini antara lain dapat dilihat dalam kesinambungan tradisi kebudayaan dan kekal tanpa banyak perubahan sejak ribuan tahun yang lalu.

Jika kita membicarakan mengenai India, kita tidak dapat lari dari menerangkan mengenai Tamadu Indus yang wujud di India. Ia merangkumi kawasan yang sangat luas hingga dikatakan mencapai 500,00 km persegi. Ia menjadikan kawasan Sungai Indus dan cawangannya sebagai pusat utama. Tamadun ini mempunyai sejarah yang gemilang dan meninggalkan kesan yang dapat dilihat dalam ketertinggian teknologi senibina mereka.
India yang wujud pada saat ini ialah merangkumi negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka. Sebelum tahun 1947 iaitu sebelum perpisahan negara-negara dalam Benua Kecil India akibat dari kemerdekaan, pemisahan dan persempadanan ini tidak wujud tetapi ia merupakan sebuah wilayah yang besar dan bersatu.

Penyebaran agama Islam tidak boleh dipisahkan dengan Benua Kecil India. Benua Kecil India telah lama mempunyai hubungan yang erat dengan bangsa Arab walaupun sebelum kedatangan Islam lagi. Pada ketika ini, ramai pedagang-pedagang arab yang belayar ke India untuk berniaga dan mencari bahan makanan. Hubungan antara kedua-dua negara hanyalah melalui jalan laut. Ia dapat dibuktikan semasa zaman pemerintahan Khalifah II, Saidina Umar ibn Al-Khattab di tahun 15 Hijrah, panglima perang Usman ibn Abi’l As Ast-Staqafiy, telah membawa tenteranya menuju ke sebelah Timur. Di tahun 22 Hijrah, telah sampai angkatan perangnya ke Parsi, masuk ke Khorasan dan ada niatnya untuk meneruskan ke India.

Dalam buku karya Hamka, Sejarah Umat Islam ada disebutkan di zaman pemerintahan Khalifah III, Saidina Usman ibn ‘Affan telah mengutuskan utusan untuk meninjau wilayah India yang luas. Utusan tersebut telah menambah pengatahuan tentang adat istiadat di India dan juga bagaimana jalan perhubungan untuk memudahkan mereka untuk menyebarkan Islam di India. Pada zaman Khalifah bani Umaiyah yang pertama pula telah iaitu Saidina Mu;awiyah ibn Abi Sufyan telah mengirimkan angkatan perang di bawah pimpinan Al-Muhallab ibn Abi Sufrah, seorang panglima perang. Beliau hanya sampai ke Kabul iaitu ibu negeri Afganistan sekarang dan sampai ke Multan. Beliau tidak sampai ke tengah-tengah wilayah India. Ekspedisi ini telah disambung pula oleh Zayyad dan anaknya. Sejak daripada saat inilah bermulanya orang Islam telah mula mengadakan hubungan dengan kerajaan Islam khususnya orang Arab.

Permulaan penyebaran agama Islam di India boleh diterangkan dalam pola perkembangannya yang mula memasuki Sind, Bengal dan Malabar. Islam telah bertapak di kawasan-kawasan ini akibat daripada hubungan perdagangan yang berlaku antara India dan bangsa Arab. Hajjaj yang telah menghantar Muhammad al-Qasim untuk menyerang Sind dan telah berjaya menguasai Sind pada 712 Masihi. Islam telah berjaya disebarkan ke Sind dan seterusnya telah menjadi pusat ilmu pengatahuan. Islam telah berkembang ke Bengal yang telah memperlihatkan gerakan Sufism. Islam seterusnya telah berkembang ke Malabar yang disebarkan melalui jalan laut. Kematian Muhammad al-Qasim dan kemerosotan kuasa Islam di India selepas kematian beliau bukanlah penamat segala-galanya. Mahmud Ghaznawi telah menyalakan kembali obor Islam di bumi Islam dengan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam.

Kerajaan Sabaktakin merupakan kerajaan kerajaan Islam yang pertama di India. Kerajaan ini muncul pada tahun 391 Hijrah/1004 Masihi hingga tahun 382 Hijrah/1186 Masihi. Sejarah kerajaan ini sangat panjang. Ia bemula dizaman pemerintahan Sultan Mansur daripada kerajaan Samaniyah dimana telah berlaku pemberontakan di wilayah Khurasan. Baginda telah mengirimkan salah seorang jeneralnya yang juga bekas hamba ayahandanya yang berbangsa Turki bernama Alptigin untuk membentung pemberontakan itu. Oleh kerana jasanya menumpaskan pemberontakan itu, beliau telah dilantik menjadi gabenor Khurasan. Namun begitu, telah berlaku konflik antara Alptigin dan Sultan Mansur. Alptigin kemudiannya telah memberontak dan mengisyhtiharkan seluruh Khurasan bebas daripada kekuasaan kerajaan Samaniyah. Pada tahun 926 Masihi, beliau telah berjaya menawan Kota Ghaznah ( Ghazni) di kawasan pergunungan Afganistan dan menjadikan pusat kerajaannya yang baru. Kerajaan ini telah dikenali sebagai kerajaan Ghazni.

Kerajaan Sabuktigin telah berkembang dan tampuk pemerintahan telah digantikan oleh menantunya iaitu Sabuktigin. Dalam masa pemerintahan Sabuktigin inilah kerajaan Ghazni telah memperluaskan kuasanya ke hampir seluruh India. Sabuktigin merupakan pemerintah Islam yang pertama cuba masuk ke India melalui jalan barat laut. Walaupun beliau telah cuba untuk memperluaskan wilayah kerajaan Ghazni, akan tetapi kejayaan yang diperoleh oleh beliau sangat kecil. Beliau hanya berjaya menguasai Peshawar dan mengalahkan Jaipal . Selepas kemangkatan beliau, anak beliau iaitu Mahmud yang merupakan gebenor Khurasan semasa pemerintahan Sabuktigin telah mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Ghazni.

Mahmud merupakan anak kepada Sabuktigin. Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna. Beliau berketurunan Sultan Alabtakin. Ada juga para sarjana yang menggelarkan beliau sebagai Iskandar Islam. Beliau dilahirkan pada 15 Disember 967 Masihi atau 357 Hijrah. Beliau telah memerintah daripada tahun 997-1030 Masihi. Apa yang paling menarik semasa pemerintahan beliau ialah gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. Perkataan Sultan itu sendiri membawa maksud ketua dalam Islam.ini sekaligus telah meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.

Proses Islamisasi di India mengambil masa yang agak panjang iaitu hampir tiga abad antara masa kedatangan Muhammad al-Qasim ke India dan zaman Mahmud Al-Ghaznawi. Ini kerana tiga abad kemudianya selepas kedatangan Muhaamd al-Qasim, barulah Islam berjaya menapak dengan kedudukan yang kukuh dan telah mencapai perkembangan yang pesat di India. Menurut Azharuddin Mohamed Dali dalam bukunya “ Tamadun India ” , beliau mengatakan bahawa tempoh tiga abad antara kedatangan Mahmud al-Ghaznawi pada abad ke-11 dilihat sebagai tahap bermulanya proses Islamisasi di India. Walaubagaimanapun, selepas Khalifah al-Walid meninggal dunia pada tahun 715 Masihi serta Hajjaj bin Yusuf al-Siqafi yang juga meninggal dunia, Muhammad al-Qasim telah dipanggil balik ke Damsyik dan meninggalkan Sind dibawah kawalan Yazid Ibn Abi Kabsyah.

Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.

Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin

Mahmud telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau.Selepas kematian Sabuktigin, telah berlaku perebutan kuasa diantara anak-anaknya iaitu Mahmud dengan adiknya, Ismail. Walaubagaimanapun, Mahmud telah berjaya memperoleh kuasa dan menawan adiknya.

Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. Beliau telah memulakan ekspedisi dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Pada masa awal-awal pemerintahan beliau, beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan mhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. Baginda juga telah dianugerahkan gelaran Sultan.

Disamping memberi pengiktirafan kepada kekuasaan Ghaznawi di Khurasan, Khalifah al-Qadir (991-1031 M), khalifah Abbasiyah ketika itu meminta Mahmud supaya ridak memperluaskan kuasanya ke sebelah barat, ke kawasan pemerintahan bani Buaihiyah. Akan tetapi permintaan beliau tidak diambil peduli oleh Mahmud. Beliau dan tenteranya telah menuju ke barat dan menawan wilayah-wilayah di Parsi hingga ke sempadan Iraq. Baginda juga telah memasuki Hira’at dan Baluchistan.

Usaha menawan kawasan daripada barat hingga ke sempadan Iraq ini amatlah perlu dalam usaha pengukuhan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni yang baru. Pengiktirafan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam yang lain amat perlu untuk beliau menjalankan tugas sebagai peerintah. Selain itu, beliau sebagai pewaris kerajaan pimpinan ayahandanya iaitu Sabuktigin perlu untuk memperluaskan pengaruh kawasan jajahan. Ini sekaligus dapat meneruskan dan menyambung kegemilangan kerajaan Sabaktigin.

Dasar perluasan kuasa

Dalam usaha untuk menguasai India, Mahmud telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah dengan membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar. Mahmud Ghaznawi juga telah meneruskan usaha bapanya untuk memperluaskan kuasa ke India. Beliau telah memulakan usaha perluasan dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Perluasan kuasa ini adalah dalam usaha untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni. Dalam usaha beliau untuk memperluaskan luasa ke India, Utara India telah menarik minat Mahmud sebagai tarikan utama untuk memperluaskan kuasa kerajaan Ghaznawi.

Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar. Pada tahun 1001 Masihi, beliau telah menyerang musuh ayahandanya iaitu Jaipal yang akhirnya telah dapat dikalahkan oleh beliau. Jaipal telah ditawan namun kemudian membuat satu perjanjian yang ditandatangani dan akhirnya beliau dibebaskan. Namun demikian kerana malu, Jaipal telah membunuh diri dengan mencampakkan diri kedalam api. Tindakan membunuh diri ini adalah kerana malu dengan kekalahan yang dihadapi oleh Jaipal ditangan Mahmud yang berjaya menawan beliau.

Selepas mengalahkan Jaipal, beliau telah bergerak dan menyerang Bhatia. Serangan ini adalah kerana pemerintahnya enggan membayar ufti. Selepas menyerang Bhatia, beliau telah bergerak ke Multan yang mana terdapatnya golongan Qaramitah, iaitu salah satu daripada mazhab Syiah yang melampau. Golongan ini ini walaupun menganggap diri mereka ini Islam tetapi mengamalkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam. Mahmud mengambil tindakan ini adalah bertujuan untuk menyekat menularnya ajaran Qaramitah yang akan mencemarkan kesucian Islam. Tawarikh Alfy mencatatkan yang Abdul-Futteh Dawud, pemimpin golongan Qaramitah telah meminta bantuan daripada Anandapal, anak Jaipal, untuk menetang Mahmud. Walaubagaimanapun, tentera Anandapal telah dikalahkan dan telah dikejar hingga ke Bandar Sondra di tebing Sungai Chunab. Dawud yang mengatahui tentang kekalahan Anandapal ini telah bertindak bertaubat dan kembali semula ke ajaran Ahlul Sunnah serta membayar ufti sebanyak 20, 000 dirham emas setiap tahun. Multan telah berjaya ditawan pada tahun 1005-1—6 Masihi.

Mahmud Ghaznawi juga telah melihat perluasan Islam sebagai gerakan jihad untuk menentang musuh agama. Perluasan kuasa ini adalah untuk memartabatkan Islam sebagai polisi pentadbiran. Terdapat beberapa factor yang mendorong Mahmud berbuat demikian. Beliau ingin meneruskan kembali usaha yang telah dilakukan oleh bapanya, Sabuktigin. Sabuktigin telah memperluaskan kuasa di Lahore, Delhi, Ajmeer, Kanauj dan Kalinjar. Apa yang paling penting yang boleh dilihat dalam konteks gerakan perluasan kuasa ini adalah bagaimana ia bertujuan untuk menjamin keutuhan serta kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam.

Mahmud Ghaznawi telah melakukan perluasan kuasa di India sebanyak tujuh belas kali bermula pada tahun 391 Hijrah hinggalah tahun 417 Hijrah (1000 Masihi- 1026 Masihi). Sepanjang pemerintahan beliau, banyak wilayah di India yang telah berjaya dikuasainya iaitu Multan, Delhi, Ajmeer, Kanauj, Kalinjar, Gujerat serta daerah-daerah di sekitar Lembah Indus dan Ganges termasuklah kawasan Patanda. Ia adalah usaha rentetan daripada usaha perintisan Muhammad al-Qasim. Cara hidup yang telah diperaktikkan oleh pemerintah Islam menjadi faktor utama penduduk India menerima Islam. Tetapi ada juga sarjana Barat yang mengatakan bahawa Mahmud Ghaznawi menggunakan kekerasan untuk mempengaruhi penduduk memeluk Islam secara ugutan iaitu Islam atau mati.

Mahmud juga telah berjaya menawan kerajaan-kerajaan Hindu di India. Mahmud telah menyerang daerah-daerah tersebut dalam usaha untuk mengembangkan Islam dan kekuasaan dalam kerajaan Ghazni yang kuat. Kerajaan Hindu yang pada sebelum pemerintahan Mahmud telah diserang telah berada dalam keadaan yang berhati-hati. Maharaja-maharaja kerajaan Hindu telah mengadakan kerjasama dan bersatu untuk menentang Mahmud. Namun meraka telah menghadapi kekalahan kerana Mahmud mempunyai tentera yang ramai dan kuat.

Pada tahun 1008 Masihi, dalam ekspedisinya yang kelapan, beliau telah menyerang Punjab. Beliau telah sekali lagi mendapat tentangan daripada Anandapal. Anandapal telah mengadakan persekutuan dengan pemerintah Ujjian, Gwalior, Kalinjar, Kanauj, Delhi dan Ajmeer. Mahmud telah menghadapai tentangan yang sengit daripada maharaja-maharaja Hindu ini. Dalam pertempuran Patanda, Mahmud telah berjaya menewaskan tentera Anandapal. Ferishta mengatakan seramai 20, 000 orang tentera Hindu terbunuh pada hari itu.

Kemudiannya beliau telah berjaya menawan Nagarkot dan menghancurkan kuilnya pada tahun 1009 Masihi. Pada tahun 1014, beliau telah berjaya menawan Dawab. Seterusnya pada tahun 1019, beliau telah berjaya menakluk Kanuj. Seterusnya pada tahun 1021 Masihi, beliau telah berjaya menawan Kashmir. Maharaja-maharaja Hindu telah melihat perluasan kuasa oleh Mahmud yang tanpa sekatan telah mengadadakan kembali persekutuan. Walaubagaimanapun, Mahmud telah mengambil tindakan pantas dengan menyerang mereka dahulu. Mahmud telah berjaya menawan Lahore pada 1024 Masihi. Selepas itu. Beliau telah menawan Kalingar dan Kawaliur.

Di tahun 1025 M, diserang dan ditaklukannya pula Gujerati dan dihancurkan berhala Sumenat yang terkenal dan besar itu. Disini terdapat kuil-kuil utama dan berhala-verhala sembahan meraka yang diselaputi emas dan batu-batu permata. Beribu-ribu penganut agama tersebut mengunjungi bandar ini setiap tahun dan dikatankan seribu Brahmin mengawal kuil-kuil dan harta yang tersimpan disitu. Didalam kota itu terdapat sebuah lingga ( symbol zakar dewa Siva) yang merupakan objek sembahan yang utama. Lingga ini dihiasi dengan permata dan emas. Dalam perjalanan ke Somnath,baginda telah menawan Anhilwara. Sesampainya ke Somntah, beliau telah mengempur kota tersebut dan berjaya menawanya. Dikatakan 50 000 orang Hindu terkorban dalam perbutan kota ini dan lingga suci mereka dihancurkan. Apa yang paling penting dapat dilihat dalam konteks ini ialah bagaimana dengan kejatuhan Somntah ke tangan tentera Islam telah menjatuhkan moral masyarakat Hindu. Ini kerana mereka percaya bahawa Somnath ini tidak akan berjaya ditawan oleh orang Islam tetapi sebaliknya apa yang berlaku, kepercayaan mereka bahawa Somnath yang dilindungi oleh dewa Siva ini telah jatuh ketangan orang Islam. Ia merupakan situasi yang amat memalukan kepada orang Hindu.

Kejayaan Mahmud yang berjaya menawan kerajan Hindu dan wilayah-wilayah di India ini telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah di Iraq iaitu daripada Khalifah Abbasiyah. Beliau ialah Al-Qaddir Billah. Beliau telah mengirimkan utusan kepada Mahmud dan mengurniakan gelaran Yaminud Daulah iaitu gelaran kehormatan yang bermaksud Tangan Kanan Negara. Beliau juga mendapat gelaran Amin Ud-Millah atau Orang Kepercayaan Agama.

Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya melumpuhkan pertahanan kuasa-kuasa Hindu. Oleh itu, proses penguasaan menjadi lebih mudah. Nilai-nilai Islam telah diserap kerana itulah matlamat Islam dalam menjalankan misi dakwah. Penyebaran Islam seiring dengan kemasukan Islam ke India. Persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam telah berjaya menawan hati penduduk tempatan terutamanya golongan bawahan yang selama ini menjadi mangsa diskriminasi kasta yang lebih tinggi. Raja-raja Hindu yang tewas turut memeluk Islam setelah mendapati Islam bukanlah agama yang zalim dan mengutamakan pembunuhan tetapi Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Rakyat India juga telah mengikut jejak pemimpin mereka dengan memeluk Islam.

Pemerintahan Mahmud dapat diterima oleh orang-orang Hindu. Dalam masa pemerintahan beliau dan puteranya,Mas’ud, perhubungan Islam-Hindu agak baik. Tidak seperti yang digambarkan oleh Mukherjee dalam bukunya History of India. Orang-orang Hindu tidak ditindas dibawah pemerintahan Ghaznawi. Sebagai contoh, semasa pemerintahan mas;ud baginda telah melantik seorang janeral yang beragama Hindu bernama Tilak sebagai pemerintah wilayah Punjab. Disamping itu, separuh daripada tentera berkuda Mas;ud sendiri adalah terdiri daripada orang-orang yang beragama Hindu.

Tentera Islam digelar Mujahid yang berjuang menetang musuh Islam di bumi Benua Kecil India. Sarjana barat bagaimanapun menyifatkan perluasan kuasa adalah gerakan militer yang agresif. Kebanyakan mereka memomokkan bahawa tentera Islam berhajat dengan kekayaan India. Dua perspektif yang berbeza iaitu daripada dunia barat dan dunia Islam menunjukan percanggahan pendapat tentang gerakan perluasan kuasa di India oleh Mahmud. Bagi dunia Islam, fakta yang dimanipulasikan ini tidak wajar dipercayai dan diterima bulat-bulat tanpa penilaian daripada sudut akademik dan keintelektualiti Islam. Bagi penulis, perluasan kuasa ini adalah bertujuan untuk menjaga kesucian Islam.

Memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India

Mahmud Ghaznawi telah berjaya memperluaskan pengaruh islam ke seluruh India apabila telah berjaya menawan seluruh wilayah Benua Kecil India. Dengan adanya pengaruh dan berjaya menguasai pemerintah-pemerintah Hindu ini telah memudahkan beliau meluaskan pengaruh Islam. Mahmud telah menyebarkan Islam di wilayah-wilayah di India dengan tumpuan utama menghapuskan penyembah-penyembah berhala dan menyebarkan Islam. Beliau juga telah mengumpulkan tentera daripada bangsa Turki dan Afganistan. Dengan lebih 100,000 tentera, Mahmud Ghaznawi telah menjalankan pengaruh Islam dengan menyerang kerajaan Hindu. Tumpuan baginda ialah penganut agama Hindu dan Buddha yang terdapat di India.

Baginda merupakan seoarang yang berpegang teguh kepada agama walaupun kadang kala tindakan baginda dilihat agak kejam.
Ahli sejarah, baik bangsa Eropah sendiri, apatah lagi penulis-penulis Islam, mengakui kebesaran Mahmud dan sama tarafnya dengan Iskandar Makedoni, bahkan lebih . Iskandar tidak meninggalkan jejaknya tetapi berbeza dengan Mahmud yang meninggalkan jejak yang boleh dilihat dengan nyata. Mahmud Ghaznawi telah meninggalkan jejak yang paling kukuh dalam India, iaitu pengaruh Islam dan kebudayaannya yang kelak kemudian harinya akan diakui oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Kerana cita-cita yang besar dalam dada Mahmud ialah memenangkan kalimah Tauhid ke seluruh India, dan menghilangkan pengaruh penyembahan berhala. Tindakan Mahmud memperluaskan pengaruh Islam ke India ini telah diakui oleh sejarawan dan penulis daripada seluruh dunia.

Faktor lain yang turut membantu terdirinya pemerintahan yang teguh di India aialah sikap raja-raja Hindu yang tidak bersatu menghadapi musuh. India semamangnya terkenal dengan wilayah yang banyak. Dalam setiap wilayah ada pemerintahya yang tersendiri yang masing-masing mencari pengaruh demi kepentingan mereka dan taksub kepada suku masing-masing. Disebabkan mencari kepentingan sendiri dan memperluaskan pengaruh, mereka seringkali bermusuhan antara satu sama lain dalam pelbagai hal. Jika bersatupun tidak dapat bertahan lama dan dibuat tanpa perancangan yang serius kerana kesatuan itu hanya wujud apabila musuh berada di depan mata. Oleh yang demikian, mereka telah gagal untuk menyekat kemaraan tentera Islam.

Kemasukan Mahmud Ghaznawi ke India tidak menjejaskan aktiviti para Mubagligh yang telah sedia ada di India malah mereka bekerjasama dengan ulama yang masuk bersama-sama Mahmud Ghaznawi. Antara ulama yang terkenal ialah Syeikh Ismail al-Lahori yang telah mengislamkan puluhan ribu penduduk Lohore. Penduduk Ajmeer pula memeluk Islam hasil usaha yang dilakukan oleh Syeih Mu;inudin al-Jasyti. Sumbangan Syeikh Fariduddin al- Alwadi dan Syeikh Ali bin Syihab al-Hamzdani juga agak besar dengan mengislamkan sebahagian besar penduduk India. Terdapat ramai lagi ulama yang memberikan sumbangan kepada pengislaman penduduk India. Selain daripada ulama yang datang melalui Pakistan, ramai juga yang datang daripada Semenanjung Arab Selatan seperti Yaman dan Hadramaut.

Sejajar dengan kemasukan tentera Islam, gholongan sufi ini turu turut melalui laluan yang sama. Malah sebahagian daripada mereka dikatakan terbabit secara langsung dalam peperangan dan mengislamkan tentera musuh. Secara langsung keadaan ini telah membuka satu lagi lembaran baru dalam konteks sejarah ketamaduna India. Secara keseluruhannya, proses ini membawa makna telah wujud “ masyarakat baru ” yang sama sekali berbeza dengan masyarakat tempatan dari sudut amalan dan kepercayaan agama.

Kemasukan pendakwah seperti daripada tempat yang berbeza mencorakkan Islam kepada mazhab yang tersendiri. Penduduk yang berada dibahagian pantai barat India dan Selatan berfahaman Mazhab Syafe’I kerana mereka menerima Islam dari Semenanjung Tanah Arab yang disebarkan oleh orang Arab Yaman dan Hadramaut. Manakala penduduk dibahagian utara dan timur hampir keseluruhannya bermazhab Hanafi kerana menerima ajaran Islam dari orang Afganistan dan Turki yang kebanyakannya bermazhab Hanafi.

Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam

Ketika zaman pemerintahan Mahmud Ghaznawi ini, aspek ilmu dan kebudayaan Islam tidak diketepikan sama sekali dalam pentadbiran. Aspek ini tidak diabaikan oleh beliau. Kesinambungan keamanan pemerintahan beliau dimasukkan dengan unsur-unsur ilmu dan kebudayaan. Ilmu pengatahuan seperti falsafah, perubatan,sastera, sejarah dan lain-lain lagi telah berkembang. Apa yang paling menonjol dalam konteks ini ialah kota Ghazna lebih bersinar dalam bidang ilmu dan kebudayaan berbanding dengan kerajaan islam yang lain.

Kota Ghazna telah menjadi pusat keilmuan yang penting. Disebalik nama kota Ghazna yang dibesarkan sebagai pusat keilmuan, Mahmud Ghaznawi yang dikenali sebagai seorang yang handal dalam peperangan dikenali juga sebagai seorang pujangga, penyair. Hamka dalam bukunya Sejarah Umat Islam, Mahmud dikenali juga sebagai seorang pahlawan “pedang dan pena” . Sumbangan Mahmud ini telah digambarkan oleh Hamka sebagai;
“ Sangatlah besar perhatiannya kepada perkembangan ilmu pengatahuan dan mencintai sarjana dalam lapangan masing-masing.”

Sejarah telah mengakui akan kebesaran Sultan Mahmud kerana beliau adalah salah seorang tokoh Islam yang menghiasi lembaran sejarah umat Islam. Beliau telah berhasil menanamkan ajaran dan kebudayaan Islam di negara India yang kelak menjadi kebanggaan umat Islam keseluruhannya.
Kota Ghazna bukan sahaja menjadi kota pertahanan tetapi juga juga menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu, ulama-ulama Islam, ahli fekah dan bahasa dan ahli Tasauf serta Falsafah. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud kota Ghazna adalah ibu kota, kota pentadbiran dan juga pusat kebudayaan dan ilmu pengatahuan. Sultan telah bersikap lembut dan sangat menghormati mereka sehinggakan beliau sanggup untuk mendampingi mereka dan memberikan dorongan agar mereka terus mengembangkan bakat dan meningkatkan keahlian mereka. Dengan sikap sebeginilah telah berjaya menarik ramai ahli-ahli cendikiawan Islam untuk berkunjung ke kota Ghazna.

Antara tokoh-tokoh yang muncul pada masa ini ialah seperti Al-Unshuri, Al-Farukhli, A-Asjudi, dan Al-Firdausi. Mereka ini ialah antara penyair-penyair Parsi yang terkenal. Al-Firdausi adalah penulis kitab Syahnamah atas perintah Sultan Mahmud. Kitab ini mengesahkan tentang peperangan-pererangan yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Mahmud dalam bentuk yang kretif iaitu sajak-sajak yang indah. Semasa pemerintahan beliau juga lahirnya dua orang sasterawan Arab yang agung iaitu Abdul Fadlal Badi’uzzaman Al-Hamdzani dan Abu Bakar Al-Khawarizmi serta seorang ahli kajibumi bernama Abu Raihan Al-Baruni. Pengaruh Abdul Fadlal Badi’uzzaman Al-Hamdzani dalam dunia sastera Arab sangatlah besar kerana Al-Hamdzani sendiri adalah Gabenor di Negeri Huraat ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud.

Kelahiran tokoh-tokoh ini semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud telah menunjukkan bahawa cendekiawan-cendekiawan Islam ini telah diberi ruang untuk menonjolkan segala bentuk ilmu pengatahuan dan mereka tidak mendapat sebarang konkongan daripada pihak pemerintah. Ia dikuatkan lagi dimana Sultan Mahmud sering memberikan mereka hadiah-hadiah yang berharga sebagai perangsang untuk mereka terus membina dan memprtingkatkan bakat mereka. Perhatian utama diberikan oleh beliau kepada penyair-penyair.

Kebudayaan Islam juga telah terbukti menjadi antara minat Sultan Ghaznawi iaitu beliau juga sering mengadakan perbincangan-perbincangan tentang agama dan menikmati nyanyian dan syair. Minat baginda ini sekaligus telah menarik minat rakyat untuk sama-sama mencintai kebudayaan Islam. Ia menggunakan konsep yang mudah dalam hal ini dimana minat seeorang pemerintah negara akan menjadi minat rakyatnya.

Pada zaman ini, infrastruktur-infrastuktur seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna. Universiti yang didirikan dibekalkan dengan perpustakaan yang besar, sebuah muzium dan professor-professor yang dibayar gaji. Para sarjana juga dibayar pencen.

Perkembangan dalam ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Sultan Mahmud merupakan kerajaan yang kuat dan aman. Dengan adanya keamanan sahaja, perkembangan ilmu dan kebudayaan dapat berlangsung dengan jayanya. Ini memberikan kelebihan kepada kota Ghazni yang berkembang dengan keintelektualan yang tinggi serta himpuanan cendekiawan-cendikiaewan daripada pelgabai disiplin ilmu. Sultan Mahmud telah berjaya menggilap sinar Islam setelah tiga abad berlalu daripada kematian Muhammad al-Qasim. Usaha beliau ini mendapat pengiktirafan daripada Khalifah ai-Qadir. Apa yang pasti, beliau telah berjaya mengukukuhkan kuasa Islam melalui ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam setelah zaman keagungan Muhammad al-Qasim pada 712 Masihi dahulu.

Kesimpulan

Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. Daripada isu-isu yang diutarakan diatas dapat dilihat beberapa faktor kejayaan Mahmud Ghznawi dalam perana beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan diantara satu sama lain. Walaupun kadangkala terdapat pergabungan diantara mereka untuk menghadapai Mahmud Ghaznawi, pergabungan tersebut tidak kukuh dan tidak tahan lama kerana ia dibentuk dengan tergesa-gesa. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. Dan yang terakhir ialah tentera berkuda Ghaznawi yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Pihak kerajaan Hindu selalu bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang yang tidak sesuai untuk menghadapi tentera berkuda yang bergerak pantas.

Apa yang paling penting disini ialah kehadiran beliau ini telah disimpulkan oleh para sarjana bahwa berakhirnya tempoh dominasi Arab dibahagian utara India. Mahmud Ghaznawi telah meninggal dunia pada tahun 342 Hijrah/1040 Masihi.

Selepas kemangkatan beliau

Selepas kemangkatan beliau, tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh Mas’ud Syihabud Daulah serta pemerintah seterusnya dan pemerintahan kerajaan Ghazni telah mula lemah. Ini kerana telah berlaku kelemahan dam sistem pemerintahan negara serta serangan daripada kerajaan Ghori.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *