Doa Solat Dhuha

Assalamualaikum, oleh kerana ramai yang mencari doa solat dhuha, jadi di sini saya tampilkan untuk kegunaan kita selepas solat dhuha.

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


1 Response

  1. Nurul says:

    mohon share 🙂 terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *