Dr Mahathir Gesa Kerajaan Haramkan Kampung Air

Kampung air‘, rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu di pantai Sabah, tidak sepatutnya dibenarkan lagi, kerana ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

kampung air

“Kita pernah menempatkan pegawai imigresen di kampung air, tetapi kini kita menempatkan mereka di darat. Jadi orang asing bebas datang ke kampung air untuk melakukan apa yang mereka mahu.

“Malah jika mereka membawa senjata pun kita tidak boleh periksa… Untuk memeriksa kampung air adalah sukar kerana laluan yang sempit, ia membuatkan kita terdedah kepada serangan (serang hendap),” kata Mahathir ketika menjawab soalan di majlis dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti di Malaysia, anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

“Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran,” katanya.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ. – Malaysiakini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *