Drama Islamik ‘Sahara’ Di Astro Prima Hina Islam

Kecoh dengan satu drama Islamik yang berjudul Sahara di Astro Prima yang menghina Islam dan wanita berniqab atau berpurdah sehingga dikecam ramai umat Islam di Malaysia di laman sosial.

Ini kerana terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton. Daripada video promo Sahara pun kita boleh menilai sejauh mana tafsiran Islamik yang ingin ditunjukkan oleh pengarah.

drama sahara astro prima

Menurut satu komen dari Facebook, Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercakai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula. Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah. Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam. Mohon para pengarah di Malaysia take extra effort sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh.

sahara prima

Kami harap akan ada tindakan susulan dari pihak Astro mengenai kontroversi ini. Pihak pernerbitan juga perlu bertanggungjawab atas penyiaran drama ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *