EKSKLUSIF: Dalang ‘Sebenar’ Insiden Lahad Datu Makin Jelas?

v

STATISTIK terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah seramai 108 orang termasuk lapan yang telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Selain itu, tangkapan kes-kes lain kini bertambah kepada 285 orang (Akta Imigresen-283 orang, Akta Pendaftaran Negara-1 orang dan Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya-1 orang)

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Bilangan pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera parah adalah sama iaitu 10 orang terkorban dan 10 orang cedera parah.

Yang pasti, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini sedang giat mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, cabang perisikan dalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sedang melipatgandakan usaha mereka termasuk menjalin kerjasama dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

image26

” Apa yang boleh kita katakan, dalang ‘sebenar’ insiden ini makin jelas hasil daripada siasatan dan risikan yang dibuat termasuk yang dari soal-siasat ke atas mereka yang kita tangkap.

” Namun masih awal untuk memperkatakannya, banyak lagi yang perlu kita lakukan, tunggu masa dan ketikanya saja, buat masa sekarang biarlah kami lakukan apa yang terbaik, kita akan buru mereka yang bertanggung jawab hingga ke lubang cacing,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut sumber itu, operasi penggempuran, siasatan dan risikan berjalan serentak.

Katanya, semua aspek sentiasa diambil kira terutama dalam menganalisis maklumat yang diperoleh agar ia mempunyai ‘kredibiliti’ sekaligus bagi membolehkan tindakan selanjutnya dibuat.

” Kita bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan bukan saja di Sabah tetapi meliputi semua negeri.

” Tugas ini telah diamanahkan kepada kami jadi mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikannya…anda boleh semak Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3) Akta Polis 1967 dan anda akan faham apa yang kami maksudkan,”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *