Eskalator Penduduk Setinggan Pertama Di Dunia

Eskalator pertama di dunia yang dibuat khas oleh kerajaan untuk membantu penduduk setinggan di Colombia yang sering turun naik tangga konkrit sebelum ini.

Apabila kerajaan prihatin akan nasib rakyat, kesusahan dan permasalahan rakyat, mereka akan melakukan apa yang terdaya untuk memberikan keselesaan kepada pengundi mereka. Begitulah nikmat yang didapati oleh penduduk setinggan Comuna 13 MedellinColombia.

Sebelum ini, mereka hanya memperoleh kereta kabel sebagai alternatif pengangkutan di kawasan berpendudukan tinggi di situ, kini mereka menerima eskalator sebagai salah satu kemudahan terbaru.

Eskalator ini akan terbahagi kepada enam bahagian sebagai ganti kepada lebih dari 350 anak tangga konkrit di kawasan Comuna 13 Medellin. Ia bakal memberikan manfaat kepada lebih dari 12 ribu penduduk setempat.

 

Sumber:

http://melayukini.net/2011/12/eskalator-untuk-penduduk-setinggan/

Saksikan rakaman videonya di bawah:

1) http://www.youtube.com/watch?v=mJMdDZTj16M

2) http://www.youtube.com/watch?v=lyt93SFMt2E


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *